bantuan rm500

Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat  Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Yayasan RISDA kepada mereka yang layak.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Skim Bantuan Yayasan RISDA: –

Bantuan RM500 untuk mereka dari keluarga B40 & M40

Bagi tahun 2024 ini, Yayasan RISDA sekali lagi melaksanakan Skim Bantuan kepada para pelajarUniversity College Agroscience Malaysia (UCAM). Antaranya adalah Skim Insentif Pelajar UCAM atau SIPU.

Bantuan ini diberikan dengan kadar sebanyak RM500 sekali sahaja atau ‘one-off’ kepada pelajar sepanjang pengajian di bawah mana-mana program di UCAM. Berikut adalah maklumat syarat-syarat kelayakan SIPU:

  • Merupakan warganegara Malaysia;
  • Semua pelajar yang telah mendaftar di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) berumur bawah 25 tahun;
  • Had maksimum pendapatan isi rumah RM10,959 atau kategori pendapatan M40 semasa dan tiada had pendapatan bagi permohonan anak staf RISDA atau KRH;
  • Pelajar peringkat Asasi atau Diploma atau Sarjana Muda di UCAM sahaja;
  • Permohonan dihantar selewat-lewatnya 6 bulan selepas tarikh pendaftaran semester satu tahun pertama.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin memohon bantuan ini, permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA (SKIM 1/2024).

Borang yang lengkap perlu dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen (seperti dinyatakan di Borang Permohonan) yang disahkan oleh mereka yang layak. Antara salinan dokumen-dokumen adalah seperti di bawah:

  • Salinan Kad pengenalan pelajar;
  • Salinan Kad pengenalan ibu dan bapa /penjaga yang sah;
  • Sebarang dokumen pengesahan kelulusan tanam semula (Pekebun Kecil) atau Kad Pekerja/Pesara (warga RISDA/SMR/ Pesara);
  • Pengesahan pendapatan / penyata gaji yang telah disahkan;
  • Surat tawaran;
  • Resit Bayaran pengajian UCAM (Kemasukan UCAM).

Borang yang lengkap dan lampiran kemudiannya perlu dikemukakan ke alamat:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, YAYASAN RISDA, TINGKAT 12B, MENARA A JALAN AMPANG ULU 3, 55000 KUALA LUMPUR.

Permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat pula tidak akan dipertimbangkan dan keputusan Jawatankuasa Penilai adalah muktamad serta tidak tertakluk memberi alasan kepada sebarang penolakan permohonan.

Maklumat terperinci dan lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk – DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Yayasan RISDA (YR) adalah merupakan Syarikat Milikan RISDA sepenuhnya dan telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Ke-224 pada 21 Februari 2013. Yayasan ini juga merupakan Syarikat Berhad tanpa modal saham yang tertakluk kepada Akta Syarikat 1965.

Setelah melalui beberapa peringkat penilaian dan kelulusan, YR akhirnya telah diperbadankan pada tanggal 22 Disember 2015. Yayasan RISDA mula beroperasi secara rasmi pada 4 Januari 2016.

Objektif penubuhan Yayasan RISDA adalah:

  • Untuk menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan aspek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi penyaluran bantuan sebagai usaha mengurangkan dan merapatkan jurang kemiskinan serta kelaparan masyarakat di luar bandar khususnya.
  • Mengurus dan mentadbir dana untuk faedah dan kebajikan Pekebun Kecil, warga RISDA, warga Syarikat Milikan RISDA (SMR) dan pesara-pesara RISDA khususnya dan rakyat Malaysia amnya melalui latihan dan pendidikan, pembangunan sukan dan kesihatan, ransangan sosio-ekonomi dan kebudayaan serta peruntukan kemudahan tambahan.
  • Mewujud dan menyediakan inisiatif atau dana kepada golongan miskin, kelainan upaya, anak yatim dan ibu tunggal melalui peruntukan dalam bentuk derma, bantuan kewangan dan kemudahan yang perlu.

 

Misi utamanya pula adalah menyedia dan menyelaras dana serta bantuan ke arah peningkatan kesejahteraan komuniti RISDA dan luar bandar. Bertindak sebagai wahana penyaluran bantuan, kemudahan dan kesedaran kepada komuniti RISDA dan luar bandar.

ARTIKEL BERKAITAN

Cara memohon Bantuan BUDI RM2,000 'one-off' untuk golongan B40 dan M40

Cara memohon Bantuan BUDI RM2,000 'one-off' untuk golongan B40 dan M40

Usaha membantu mereka yang memerlukan terus dilaksanakan oleh pihak Kerajaan (Persekutuan atau Negeri). Bantuan ini diperkenalkan dengan tujuan khusus dan…
Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya (JKR) Oktober 2024: Tawaran gaji RM1,900 - RM2,000

Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya (JKR) Oktober 2024: Tawaran gaji RM1,900 - RM2,000

Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Kerja Raya. Pada ketika ini, JKR sedang mencari calon yang…
Bantuan RM200 selama 4 bulan (RM800): Syarat-syarat dan Cara memohon BMT 2024

Bantuan RM200 selama 4 bulan (RM800): Syarat-syarat dan Cara memohon BMT 2024

Pihak Kerajaan sentiasa berperanan penting dalam membantu rakyat menghadapi pelbagai cabaran ekonomi dan sosial. Pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan oleh…