Bank Rakyat tawar pinjaman sehingga RM150K untuk kakitangan swasta. Ini cara memohon

Bank Rakyat sebelum ini ada memperkenalkan satu skim pinjaman yang dikenali sebagai Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta. Pembiayaan ini diperkenalkan khas untuk para kakitangan swasta yang mahu membuat pinjaman peribadi dari bank berkenaan.

Menariknya, skim ini juga melalui pelan pinjaman Islamik tidak bercagar. Dengan itu, para peminjam tidak perlu mengemukakan penjamin atau menyediakan cagaran bagi memohon skim ini.

Amaun pembiayaan yang ditawarkan pula adalah sehingga RM150,000 bergantung kepada kelayakan yang ditetapkan. Bagi tempoh pembiayaan, terdapat dua kategori yang disediakan iaitu:

Berikut adalah kelayakan permohonan yang ditetapkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Gaji kasar minimum termasuk elaun tetap adalah seperti berikut :
    • Berjawatan tetap RM2,000 dan ke atas
    • Berjawatan kontrak RM8,000 dan ke atas

 

Kelayakan pembiayaan:

CARA BAYARAN ANSURANPENDAPATANKELAYAKAN
  • Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
  • Potongan Gaji Majikan (PGM)
  • Pindahan Gaji Ke Bank Rakyat
RM 2,000 – RM 4,00015 kali gaji kasar sebulan
RM 4,001 – RM 6,00020 kali gaji kasar sebulan
Melebihi RM 6,00025 kali gaji kasar sebulan
Pembayaran Secara ElektronikRM 1,000 – RM 5,0005 kali gaji kasar sebulan
RM 5,001 – RM 10,0008 kali gaji kasar sebulan
Melebihi RM 10,00010 kali gaji kasar sebulan

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Slip gaji 3 bulan terakhir
  3. Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir (pengkreditan gaji)
  4. Penyata KWSP
  5. Sekurangnya satu daripada berikut:
    • Surat Pengesahan Majikan
    • Borang EA
    • Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN

 

Fi dan caj pembiayaan:

Cara permohonan:

Bagi yang berminat dan berkelayakan, pemohon boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat terdekat bagi mengemukakan permohonan. Permohonan juga boleh dibuat di laman RinggitPlus.

_________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…