FELCRA buka pengambilan baru: Lebih 200 kekosongan jawatan sedia untuk dimohon

FELCRA BERHAD pada mulanya adalah sebuah Badan Berkanun Kerajaan dikenali sebagai Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Pesekutuan (FELCRA) yang ditubuhkan pada 1 April 1966. Menjelang 1 September 1997, FELCRA telah dikorporatkan sepenuhnya dan menjadi sebuah entiti syarikat milik penuh Kerajaan.

Bagi merancakkan lagi operasi, FELCRA dan FELCRA Bekalan Perkhidmatan Sdn Bhd telah membuka lebih 200 kekosongan yang sedia dimohon oleh mereka yang berkelayakan dan berminat. Berikut senarai jawatan yang ditawarkan:

  1. Penyelia Ladang (100 kekosongan)
  2. Operator Pengeluaran Kelapa Sawit (100 kekosongan)
  3. Penyelenggara Stor (44 kekosongan)
  4. Eksekutif IT (1 kekosongan)
  5. Kejuruteraan Awam (1 kekosongan)
  6. Eksekutif Insurans (1 kekosongan)
  7. Kerani Pejabat (1 kekosongan)

 

Kelayakan bagi permohonan jawatan adalah dari pendidikan Sekolah Rendah hingga Diploma bergantung kepada ketetapan jawatan.

Cara memohon:

Bagi maklumat terperinci iklan jawatan, calon boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut. Permohonan pula boleh dibuat dengan klik jawatan yang diingini dan klik ‘Mohon’.

Tarikh tutup permohonan pula adalah seperti berikut:

  • 15 Mac 2021 (Kerani Pejabat dan Eksekutif Insurans)
  • 31 Mac 2021 (Kejuruteraan Awam dan Eksekutif IT)
  • 03 April 2021 (Penyelenggara Stor, Operator Pengeluaran dan Penyelia Ladang)

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…