Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973. Matlamat penubuhannya adalah untuk membantu sektor pekebun kecil ke arah kemajuan dan perkembangan ekomoni serta sosial yang lebih baik.
Sesuai dengan usaha ke arah itu, RISDA kini sedang mencari bakat-bakat baru bagi mengisi kekosongan jawatan badan berkanun itu. Antara syarat umum bagi jawatan yang ditawarkan adalah:
- Mempunyai keterampilan yang baik.
- Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja berkumpulan.
- Mempunyai bakat kepimpinan.
- Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
- Mempunyai kelayakan dan profesionalisme.
- Boleh ditempatkan di mana-mana Pusat Tanggungjawab RISDA.
- Mempunyai nilai tambah kendiri yang sesuai dengan kelayakan jawatan.
Terbuka kepada 2 peringkat kelayakan akademik
Ijazah Sarjana Muda
- Pegawai Tadbir Gred N41 (2 kekosongan)
- Pegawai Pertanian Gred G41 (8 kekosongan)
- Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 (2 kekosongan)
-
Jurutera Gred J41 (1 kekosongan)
Diploma
- Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 (75 kekosongan)
- Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (1 kekosongan)
Cara memohon:
Kepada calon yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat di laman MYFUTUREJOBS dengan memilih jawatan yang hendak dimohon. Tarikh akhir permohonan adalah pada 21 MAC 2021.
__________
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021