AADK

Pengambilan penjawat awam Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK): Gaji sehingga RM9,544

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

  1. PEGAWAI ANTIDADAH GRED S41
    • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
    • Jadual Gaji: RM2,078 – RM9,544
    • Taraf Pelantikan:
      • Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
      • Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap
  2. PENOLONG PEGAWAI ANTIDADAH GRED S29 
    • Kumpulan: Pelaksana
    • Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
    • Taraf Pelantikan:
      • Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
      • Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap

Syarat-syarat Kelayakan

  • PEGAWAI ANTIDADAH GRED S41
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
    • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • PENOLONG PEGAWAI ANTIDADAH GRED S29 
    • warganegara Malaysia;
    • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Tinggi Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
    • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,770.95)
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

  • PEGAWAI ANTIDADAH GRED S41
    • Membantu memastikan pelaksanaan dasar-dasar dan pencapaian matlamat bagi semua program pemulihan di institusi dan komuniti, program pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah, kaedah-kaedah pentadbiran pusat dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
  • PENOLONG PEGAWAI ANTIDADAH GRED S29 
    • Bertanggungjawab melaksanakan semua program pemulihan di institusi dan komuniti, program pencegahan, menjalankan fungsi penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 02 JULAI 2024 (SELASA).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI dan permohonan boleh dibuat DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…