Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Pendidikan MAIDAM kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan Kosong Yayasan Pendidikan MAIDAM
PEMBANTU EKSEKUTIF PROMOSI
- Taraf jawatan : Kontrak (Contract of Services)
- Lokasi bertugas : Yayasan Pendidikan MAIDAM, Kuala Terengganu
- Tawaran Gaji: RM1,700 – RM2,000
Syarat-syarat Kelayakan
- Calon terdiri daripada warganegara Malaysia;
- Terbuka kepada calon lelaki sahaja;
- Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;
- Boleh berkomunikasi dengan jelas dan baik melalui lisan dan tulisan;
- Mahir dalam menggunakan perisian komputer (Microsoft Office Word / Excel);
- Mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran dan aktiviti CSR akan diutamakan.
Bidang Tugas
- Membantu dalam aktiviti pemasaran serta kutipan dana merangkumi iklan TV, radio, akhbar, papan tanda serta media sosial;
- Menguruskan dokumen pemasaran dan penajaan;
- Mengendalikan panggilan telefon dan emel berkaitan pemasaran dan penajaan;
- Melaraskan jadual mesyuarat, temu janji taklimat, jemputan program dan aktiviti luar;
- Menguruskan tempahan pengangkutan dan lojing bagi aktiviti berkaitan pemasaran dan penajaan;
- Mewakili syarikat dalam menyampaikan taklimat kepada prospek;
- Tugas-tugas berkaitan yang akan diberikan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon Yayasan Pendidikan MAIDAM
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Indeed seperti mana pautan yang disediakan di hebahan rasmi.
Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang mengisi maklumat yang lengkap dan memenuhi kriteria yang layak sahaja dipertimbangkan untuk disenarai pendek.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 07 JULAI 2024, AHAD.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Yayasan Pendidikan MAIDAM adalah sebuah GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Ini kerana, Yayasan Pendidikan MAIDAM mengambil alih sebahagian aktiviti zakat pendidikan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
Yayasan ini telah ditubuhkan pada 19 September 2014. Merupakan sebuah syarikat berhad menurut jaminan (SBMJ) dengan memakai No. Pendaftaran 1109891-P. Visi Yayasan Pendidikan MAIDAM adalah menjadi pengurus dana pendidikan yang dipercayai dalam membantu perkembangan sistem pendidikan ke arah melahirkan generasi yang menyumbang kepada sosial ekonomi sejagat.
Misinya pula adalah seperti berikut:
- Menyediakan dana pendidikan untuk peningkatan keupayaan minda melalui 1 sistem pendidikan integrasi dan holistik.
- Mengeratkan jaringan kerjasama dengan pihak berkepentingan bagi merealisasikan pembangunan pendidikan untuk dinikmati semua.
- Membuat penilaian program untuk penambahbaikan bagi mencapai objektif.
Manakala, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah ditubuhkan berdasarkan Fasal 4 Tambahan kepada Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1367 dan diwartakan sebagai Undang-undang Bilangan 1 Tahun 1949, atau dikenali dengan nama Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.
Berdasarkan sejarah, sebelum tahun 1949, peranan MAIDAM dilaksanakan dibawah pentadbiran Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama yang juga bertindak sebagai Yang Dipertua MAIDAM.