str fasa 3

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah dengan meneruskan sebuab bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah atau STR kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai tersebut: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR pada asasnya merupakan sebuah bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Dengan hikmah penyasaran semula subsidi, ia telah membolehkan pihak Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai STR 2024 ini dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah
terus diberi bantuan sewajarnya.

Syarat-syarat kelayakan STR tahun 2024 adalah seperti di bawah:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

Akan tetapi, : bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya boleh dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Maklumat STR Fasa 3

Untuk pembayaran STR, ia akan dibuat secara berfasa kepada mereka yang layak. Bagi STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun dibayar kepada yang layak pada bulan Januari dan April 2024 lalu.

Berkenaan dengan pembayaran STR Fasa 3 pula, ia dijadualkan akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2024 nanti. Tentang jumlah pembayaran, kadarnya masih belum dimaklumkan secara rasmi dan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi cara pembayaran STR, ia akan dibuat dengan dua kaedah iaitu secara kredit terus ke akaun atau secara pengambilan tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

  • Kredit ke Akaun Bank: Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan seperti mana dalam sistem.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
    • Tiada maklumat akaun bank
    • Status pengkreditan gagal kredit

 

Bagi yang belum membuat pemohonan, jangan risau kerana permohonan STR tahun ini dibuka sepanjang tahun. Ia boleh dikemukan secara atas talian di Portal Rasmi STR atau mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Secara khususnya, sepanjang tahun 2024 ini – pemohon STR boleh membuat:

  • Pemohonan Baharu;
  • Kemas Kini Permohonan;
  • Permohonan Rayuan / Rayuan Tambahan; dan
  • Perubahan Maklumat Asas Permohonan.

 

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan STR 2024 boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

i-Suri: Cara mendaftar dan mendapatkan insentif khas RM300 dari KWSP

i-Suri: Cara mendaftar dan mendapatkan insentif khas RM300 dari KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah salah satu tabung simpanan persaraan tertua dan terbesar di dunia. Sejak penubuhannya pada tahun…
200 kekosongan jawatan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB): Daftar sekarang!

200 kekosongan jawatan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB): Daftar sekarang!

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kini sedang membuka pengambilan 200 kekosongan jawatan sebagai…
Bantuan RM1200 tanpa perlu memohon: Diberikan RM100 setiap bulan secara automatik

Bantuan RM1200 tanpa perlu memohon: Diberikan RM100 setiap bulan secara automatik

Pengenalan pelbagai bantuan adalah salah satu usaha Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan juga telah…