Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA)
- TIMBALAN PENGARAH KANAN/ TIMBALAN PENGARAH, ANALISIS DAN PENYELIDIKAN
- PENYELIDIK, ANALISIS DAN PENYELIDIKAN
- PENOLONG KANAN TEKNIKAL/ PEMBANTU TEKNIKAL, BAHAGIAN OPERASI PASARAN
- PENOLONG KANAN JURUTERA/PENOLONG JURUTERA, BAHAGIAN OPERASI PASARAN
- PENOLONG KANAN PENGARAH/PENOLONG PENGARAH, BAHAGIAN OPERASI PASARAN
- PENOLONG KANAN PEGAWAI ADMIN/PENOLONG PEGAWAI ADMIN, BAHAGIAN OPERASI PASARAN
- PEGAWAI KANAN UNDANG-UNDANG/ PEGAWAI UNDANG-UNDANG, UNIT UNDANG-UNDANG
- TIMBALAN PENASIHAT KANAN UNDANG-UNDANG/ TIMBALAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG, UNIT UNDANG-UNDANG
- PEMANDU, BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
- PENOLONG KANAN PENGARAH, BAHAGIAN KEWANGAN
- PENOLONG KANAN PENGARAH/ PENOLONG PENGARAH, BAHAGIAN PERKHIDMATAN DIGITAL
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan kekosongan jawatan;
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut keperluan jawatan (rujuk hebahan rasmi untuk syarat-syarat kelayakan khusus);
- Calon hendaklah seorang yang positif, analitikal dan berfikiran terbuka;
- Kemahiran berkomunikasi dengan baik adalah suatu keutamaan;
- Rakyat Malaysia yang berinovatif, berdedikasi dan bermotivasi tinggi adalah dipelawa untuk memohon jawatan kosong ini.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar Resume, salinan sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen berkaitan ke alamat e-mel: [email protected] atau ke alamat:
Chief Executive Officer
Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia
Galeria PjH, Level 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
(Attn: Director of HRA)
Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang mengisi maklumat yang lengkap dan memenuhi kriteria yang layak sahaja dipertimbangkan untuk disenarai pendek.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 16 JULAI 2024 (SELASA).
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.
Maklumat Tambahan SEDA
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Lestari 2011 [Akta 726]. Matlamat utama SEDA ialah untuk mentadbir dan menguruskan pelaksanaan mekanisme tarif galakan melalui mandat yang diberikan di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725].
Visi SEDA adalah untuk menjadi agensi peneraju dalam mempromosikan penggunaan tenaga lestari (TL) sebagai salah satu daripada langkah penyelesaian untuk mencapai jaminan dan autonomi tenaga.
Manakala, misinya pula adalah:
- Memastikan tenaga lestari memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara dan pemuliharaan alam sekitar;
- Memastikan program-program tenaga lestari yang sedia ada diurus dengan berhemah dan cekap;
- Menilai secara berterusan potensi baru penyelesaian TL dengan kerjasama pihak berkepentingan tempatan dan antarabangsa, untuk mempelbagai dan melengkapkan portfolio program TL sedia ada;
- Mendorong orang ramai untuk menerima tanggungjawab dalam anjakan paradigma, ke arah kehidupan lestari.
Nilai-nilai teras SEDA merangkumi:
- Akauntabiliti: Bertanggungjawab melaksanakan undang-undang berkaitan tenaga lestari.
- Tadbir Urus : Menjalankan kerja kami dengan telus, terbuka dan penuh integriti.
- Cekap dan Kompeten : Menjalankan kerja kami berdasarkan piagam pelanggan yang dinyatakan bagi mencapai matlamat kami secara efektif.
- Pembangunan Sumber Manusia : Berusaha untuk membangunkan potensi dalam industri tenaga lestari sekaligus mempercepatkan pertumbuhannya.