rela

Jawatan Kosong Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA): Ambilan Julai 2024, Minima SPM

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

PEMBANTU TADBIR RELASIS

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
  • Gaji: RM1,500 – RM1,999

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;
  • Boleh membaca dan menulis dengan baik;
  • Mahu belajar perkara baru dalam menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan.

Bidang Tugas

  • Menjalankan tugas-tugas pentadbiran RELASIS;
  • Menjalankan tugas-tugas setaraf Pembantu Tadbir;
  • Mengendalikan media sosial jabatan.

Cara Memohon Jawatan RELA

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal myFutureJobs. Pemohon dikehendaki mendaftar di portal berkenaan dan dengan mengisi permohonan secara lengkap.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hanya calon yang mengisi maklumat yang lengkap dan memenuhi kriteria yang layak sahaja dipertimbangkan untuk disenarai pendek.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 21 JULAI 2024 (AHAD).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) adalah satu pertubuhan yang bercorak kesukarelawanan untuk membantu pasukan keselamatan dalam gerakan menentang musuh-musuh negara dari dalam dan luar negeri. RELA telah ditubuhkan pada 3 Julai 1972 di bawah ‘Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966, yang dibuat di bawah ‘Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964’.

Pada 25 Jun 2012, Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 Akta 752 telah diwartakan sebagai punca kuasa RELA berkuatkuasa pada 22 Jun 2012. Nama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia juga telah ditukar kepada Pasukan Sukarelawan Malaysia selaras dengan akta tersebut. Pada 28 Ogos 2013, RELA telah dinaiktaraf menjadi sebuah Jabatan Persekutuan dan dikenali sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Semenjak RELA dinaiktaraf sebagai sebuah Jabatan Persekutuan pada 28 Ogos 2013, ia kini sedang melalui arus transformasi ke arah sebuah Jabatan yang unggul dan perkasa apabila peranannya tidak lagi hanya dilihat tertumpu kepada situasi darurat atau bidang keselamatan semata-mata, malah menjurus kepada situasi dan kehendak semasa yang meliputi keselamatan, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kesatuan dan perpaduan negara.

RELA ditubuhkan atas semangat kesukarelaan. Itulah menjadi asas kekuatan pasukan RELA sehingga hari ni. Akan tetapi, anggota RELA akan dibayar elaun sekiranya mereka terlibat dengan penugasan dan tugasan kawalan samada di peringkat daerah atau negeri. Bayaran elaun adalah tertakluk kepada kadar bayaran elaun semasa jabatan.

Keanggotaan RELA adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tidak menganggotai mana-mana pasukan sukarelawan yang lain, sihat tubuh badan dan tiada rekod jenayah.

RELA menyediakan pelbagai kursus kepada anggota –anggota RELA bagi mempersiapkan anggota dengan pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak jabatan. Sila rujuk di Pejabat RELA Daerah berhampiran bagi mengetahui kursus-kursus RELA yang terkini. Semua kursus ini adalah percuma kepada anggota RELA.

Kebajikan setiap anggota RELA juga diberikan keutamaan. Setiap anggota RELA akan mendapat kelayakan rawatan Kelas Dua di mana-mana hospital kerajaan sekiranya mengalami musibah ketika bertugas.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…