PERKESO buka mengambilan baru. Lebih 40 kekosongan jawatan sedia untuk dimohon

Mula ditubuhkan pada tahun 1971, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah sebuah jabatan kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Menjelang 1 Julai 1985, status PERKESO telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan pada 1992 – ia telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.

Bagi melancarkan lagi operasi, kini PERKESO telah membuka lebih 40 kokosongan jawatan untuk diisi oleh calon yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah jawatan yang ditawarkan:

  1. Pengurus Kes (3 kekosongan)
  2. Pembantu Pengurus (3 kekosongan)
  3. Jururawat Junior (4 kekosongan)
  4. Pembantu Am Pejabat (3 kekosongan)
  5. Pegawai Jurupulih Cara Kerja (3 kekosongan)
  6. Pegawai Jurupulih Anggota (2 kekosongan)
  7. Demi Chef (2 kekosongan)
  8. Chef De Partie (2 kekosongan)
  9. Jururawat (5 kekosongan)
  10. Penolong Jurupulih (8 kekosongan)
  11. Jururawat Junior (12 kekosongan)

 

Kelayakan akademik bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah SPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bergantung kepada syarat jawatan yang telah ditetapkan. Tawaran gaji pula adalah sehingga RM2,499.

Cara memohon:

Untuk iklan secara terperinci, calon boleh melayari laman MyFutureJobs untuk maklumat lanjut. Permohonan boleh dibuat dengan memilih jawatan yang hendak dimohon di laman tersebut dan klik ‘Mohon’.

Tarikh tutup permohonan adalah pada:

  • 24 Mac 2021 (Pengurus Kes, Pembantu Pengurus Kes dan Jururawat Junior untuk 4 kekosongan)
  • 27 Mac 2021 (untuk kekosongan yang lain)

_________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…