Program iSejahtera

Program iSejahtera: Bantuan Tunai RM100 – RM1,000 dibayar setahun sekali dan ‘one-off’

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Ia juga diberikan dengan kadar tertentu untuk penerima yang menepati kelayakan yang ditetapkan.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Program i-Sejahtera iaitu merupakan sumbangan kewangan daripada Kerajaan Negeri kepada mereka yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Program Bantuan Kewangan ini: –

Program iSejahtera

Program i-Sejahtera adalah sebuah sumbangan tunai sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada rakyat Pulau Pinang iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun ke bawah. Di bawah program ini, terdapat pelbagai jenis bantuan yang diperkenalkan dan berikut adalah maklumatnya:

Program Penghargaan Warga Emas (RM200 setahun sekali)

Syarat-syarat kelayakan bagi bantuan penghargaan ini adalah pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar. Pemohon juga perlu mendaftar dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang

Program Bantuan Ibu Tunggal (RM100 setahun sekali)

Syarat-syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah Warganegara Malaysia; Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang; Bercerai atau kematian suami; Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar; Tidak berkahwin semula dan Mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak.

Program Suri Emas (RM100 setahun sekali)

Bantuan ini layak bagi warganegara Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. Pemohon juga perlulah merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap, masih berumahtangga dan berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Program Bantuan OKU (RM200 setahun sekali)

Program bantuan ini diberikan kepada warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Pulau Pinang dan mestilah seorang OKU yang memegang kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh negara tidak terhad kepada JKM Pulau Pinang sahaja).

Program Anak Emas (RM200 one-off)

Program ini terbuka kepada anak warganegara Malaysia yang salah seorang ibu atau bapanya berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. Pendaftaran program ini perlu dilengkapkan sebelum anak berumur 2 tahun.

Khairat Kematian (RM1,000 one-off)

Bantuan Khairat kematian ini diberikan sebanyak RM1,000 kepada waris penerima iSejahtera yang meninggal dunia. Dengan kata lain, bantuan ini merupakan sumbangan pengurusan jenazah/kematian.

Cara Memohon iSejahtera

Permohonna bantuan-bantuan di bawah Program i-Sejahtera boleh dibuat secara dalam talian (online) di portal i-Sejahtera. Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk permohonan.

  • Semak No Kad Pengenalan;
  • Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan;
  • Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan;
  • Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan;
  • Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).

 

Pembayaran bantuan-bantuan ini akan dilaksanakan secara berperingkat. Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun. Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.

Dimaklumkan bahawa pendaftaran hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Jika pendaftaran telah lengkap dan disahkan, pemohon tidak perlu membuat pendaftaran baru pada setiap tahun. Akan tetapi, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini akaun i-Sejahtera setiap tahun bagi memastikan maklumat yang dikemukakan merupakan maklumat terkini seperti no telefon, alamat, nombor akaun bank dan maklumat berkaitan bagi mengelakkan masalah untuk membuat bayaran.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…