Bagi membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan tunai diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini diberikan dengan tujuan untuk membantu mereka berpendapatan sederhana (M40) dan rendah (B40) dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Ia termasuklah bantuan-bantuan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai yang diperkenalkan itu: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah bantuan tunai yang diberikan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Bantuan ini diberikan kepada mereka yang merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.
Berikut adalah maklumat syarat-syarat kelayakan STR:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 21-59 tahun;
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Namun begitu, individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan
permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
STR Fasa 3
STR dibayar secara berfasa dan pada tahun ini (2024) sebanyak empat fasa. Bagi pembayaran fasa pertama dan fasa kedua, ia telah pun selesai disalurkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April lalu.
Tentang STR Fasa 3 pula, ia dijadualkan akan dibayar pada bulan Ogos 2024 seperti mana yang dinyatakan di portal rasmi STR. Berkenaan dengan tarikh pembayarannya, ia berkemungkinan akan dibayar pada minggu ke-4 Ogos seperti mana pembayaran sebelum ini.
Pembayaran akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pengambilan tunai boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
Semakan status kelulusan STR juga boleh dibuat sama ada secara atas talian atau manual. Bagi secara atas talian, ia boleh disemak di Portal Rasmi STR melalui sistem MySTR dengan cara berikut:
- Klik log masuk MySTR;
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
- Masukkan Kata Laluan;
- Klik Semakan Status;
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Semakan cara manual pula boleh dibuat dengan:
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran.
Bagi yang belum membuat permohonan STR, ia masih boleh dikemukakan di Portal Rasmi STR. Pemohon juga boleh mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.
Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan STR 2024 boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.