Senarai Bantuan

Senarai Bantuan-Bantuan Kerajaan yang telah dibayar sehingga September 2024

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 oleh Kerajaan Persekutuan.

Bantuan-bantuan ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan sama ada dari kalangan mereka berpendapatan rendah (B40) atau sederhana (M40). Berikut adalah senarai bantuan-bantuan yang telah dibayar kepada yang layak sehingga September 2024: –

Senarai Bantuan-Bantuan Sehingga September 2024

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam mendepani kenaikan kos sara hidup. STR dibayar secara empat fasa pada tahun ini dengan jumlah yang berbeza-beza mengikut kategori penerima, pendapatan bulanan dan tanggungan masing-masing.

Pembayaran STR Fasa 1 dan STR Fasa 2 telah pun selesai dibayar pada bulan Januari dan April 2024. Manakala, STR Fasa 3 pula telah mula dikreditkan secara berperingkat mulai 29 Ogos 2024 (Khamis).

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

SARA pula adalah bantuan tambahan kepada penerima STR sedia ada yang menepati syarat-syarat kelayakan khusus. Antara syarat-syarat itu adalah lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan dan tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Kadar SARA yang ditetapkan adalah sebanyak RM1,200 kepada isi rumah dan RM600 kepada bujang. Cara pembayaran bantuan ini adalah secara dikreditkan terus ke MyKad penerima dengan kadar RM100/RM50 setiap bulan.

Penerima kemudiannya boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan harian seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan atau BAP pada asasnya bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan. Kadar BAP ini adalah sebanyak RM150 dan diberikan secara ‘one-off’ kepada semua murid sekolah dari Darjah 1 (7 tahun) sehingga Tingkatan 5 (17 tahun).

Pembayaran kepada murid Darjah 2 sehingga Tingkatan 5 tahun 2024 telah pun disalurkan pada bulan Januari 2024 oleh pihak sekolah. Pembayaran itu melalui dua cara iaitu secara tunai atau dikreditkan ke akaun murid.

Manakala, bagi murid yang memasuki Darjah 1 tahun ini, pembayaran BAP dibuat pada 10 Mac 2024. Dianggarkan lebih 11 ribu sekolah terlibat dan sekitar 4.6 juta orang murid layak menerima bantuan tunai ini.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Insentif Awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Tahun 2024

Pada tahun ini, pihak Kerajaan juga memperkenalkan Insentif Awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam/Gred Khas.

RM1,000 juga diberikan kepada pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim KumpulanWang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara mengikut umur persaraan wajib, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

BIA Kajian SSPA Tahun 2024 ini telah pun dibayar kepada setiap penerima yang layak pada 23 Februari 2024. Personel MySTEP turut layak menerima bantuan ini dengan syarat telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 6 bulan pada tahun 2023 dan masih berkhidmat sebagai Personel MySTEP pada 23 Februari 2024.

Kredit e-tunai eMADANI

Kredit e-Tunai eMADANI adalah sebuah bantuan Kerajaan berbentuk e-Dompet dengan kadar sebanyak RM100. Bantuan ini memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia dan boleh digunakan untuk pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih seperti MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Syarat kelayakan bantuan ini adalah warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas dan merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Tempoh pendaftaran dan tuntutan eMADANI ini hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023  hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024. Penerima yang layak juga hanya boleh menuntut kredit eMADANI sekali sahaja daripada satu penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kebajikan rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan, sentiasa terpelihara. Melalui pelbagai inisiatif bantuan kebajikan, kerajaan menyediakan…
Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar, ramai di kalangan rakyat Malaysia merasa terhimpit dengan beban kewangan yang…
Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Pada ketika ini, Kolej FELCRA sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka…