str fasa 4

STR Fasa 3 telah selesai dikreditkan: Ini pula maklumat jumlah bayaran dan tarikh STR Fasa 4

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara isu utama di kalangan masyarakat. Prihatin dengan isu itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada mereka yang memerlukan, khususnya yang berpendapatan sederhana (M40) dan rendah (B40) di bawah Belanjawan 2024.

Antaranya adalah dengan meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai berkenaan: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat negara ini sebagai usaha membantu mereka mendepani cabaran kos sara hidup. Ia juga telah ditambahbaik, hikmah penyasaran semula subsidi yang membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan ini pada tahun 2024:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

Pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 4

Pembayaran STR Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 telah pun selesai disalurkan kepada yang layak pada bulan Januari, April dan Ogos lalu. Cara pembayaran pula secara kredit terus ke akaun penerima (seperti maklumat ketika permohonan) atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank.

Berkenaan dengan jumlah bayaran STR Fasa 3, ia adalah seperti di bawah:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM350
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas:RM650
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR Fasa 3: RM50
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • STR Fasa 3: RM150

 

Tentang jumlah pembayaran STR Fasa 4 (fasa terakhir 2024) pula, maklumatnya seperti berikut:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1 – 2: RM350
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas:RM700
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR Fasa 4: RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • STR Fasa 4: RM150

Tarikh Pembayaran STR Fasa 4

Berdasarkan maklumat, pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar pada bulan November 2024 nanti. Akan tetapi, tarikh rasmi dan tepat masih belum dimaklumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Bagi mereka yang tidak diluluskan permohonannya, rayuan STR masih dibuka dan boleh mengemukakan permohonan di Portal Rasmi STR. Pemohon dikehendaki memuat naik dokumen-dokumen sokongan sesuai dengan alasan mengapa tidak lulus.

Bagi yang telah membuat permohonan pula, dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut status kelulusan dan jumlah bayaran yang layak, sila buat semakan di portal sama dengan tatacara berikut:

  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

Bagi maklumat lebih lengkap dan terperinci berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kebajikan rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan, sentiasa terpelihara. Melalui pelbagai inisiatif bantuan kebajikan, kerajaan menyediakan…
Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar, ramai di kalangan rakyat Malaysia merasa terhimpit dengan beban kewangan yang…
Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Pada ketika ini, Kolej FELCRA sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka…