perhebat

Tawaran banyak jawatan kosong di PERHEBAT: Minima Diploma, Gaji RM2,195 – RM3,020

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkata Tentera (PERHEBAT) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkata Tentera (PERHEBAT)

  1. PENGAJAR (USAHAWAN JAHITAN)
    • Gaji Permulaan: RM2,295 – RM3,020
  2. PENGAJAR (PENYAMANAN UDARA DAN PENYEJUKBEKUAN)
    • Gaji Permulaan: RM2,295 – RM3,020
  3. PENOLONG PEGAWAI PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU
    • Gaji Permulaan: RM2,195 – RM2,920
  4. PENYELARAS LATIHAN
    • Gaji Permulaan: RM2,195 – RM2,920

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. PENGAJAR (USAHAWAN JAHITAN)
    • Umur tidak kurang dari 24 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Seni Reka Tekstil yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Mempunyai Sijil SKM Tahap 3 atau lebih tinggi dalam bidang Jahitan adalah diutamakan;
    • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    • Mempunyai Sijil Pegawai Latihan Vokasional (VTO) atau setara dengannya yang diiktiraf adalah satu kelebihan;
    • Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan selama tiga (3) tahun adalah satu kelebihan;
    • Mempunyai kemahiran Ínterpersonel’ yang tinggi dan berkebolehan berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat;
    • Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel; dan
    • Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib / tiada rekod jenayah dan mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.
  2. PENGAJAR (PENYAMANAN UDARA DAN PENYEJUKBEKUAN)
    • Umur tidak kurang dari 24 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Mempunyai Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Mempunyai Sijil SKM Tahap 3 atau lebih tinggi dalam bidang Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara adalah diutamakan;
    • Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    • Mempunyai Sijil Pegawai Latihan Vokasional (VTO) atau setara dengannya yang diiktiraf adalah satu kelebihan;
    • Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan selama tiga (3) tahun adalah satu kelebihan;
    • Mempunyai kemahiran ínterpersonel’ yang tinggi dan berkebolehan berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat;
    • Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel; dan
    • Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib / tiada rekod jenayah dan mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.

 

  1. PENOLONG PEGAWAI PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU
    • Umur tidak kurang dari 24 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Mempunyai Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau Diploma Kemahiran Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya;
    • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    • Mempunyai pengalaman pengurusan sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (JPK) adalah satu kelebihan;
    • Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan selama satu (1) tahun adalah satu kelebihan;
    • Mempunyai kemahiran Ínterpersonel’ yang baik dalam pelaksanan rundingan dan mampu mewujudkan hubungan jaringan dengan agensi Awam/ Swasta;
    • Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel; dan
    • Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib / tiada rekod jenayah dan mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.
  2. PENYELARAS LATIHAN
    • Umur tidak kurang dari 24 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Mempunyai Diploma Pentadbiran Perniagaan/ Pemasaran/ Keusahawanan/Peruncitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    • Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan selama satu (1) hingga tiga (3) tahun adalah satu kelebihan;
    • Mempunyai kemahiran ínterpersonel’ yang tinggi dan berkebolehan berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat;
    • Mempunyai kemahiran yang baik dalam pelaksanaan rundingan dan mampu mewujudkan hubungan jaringan dengan agensi awam/swasta di negeri berkenaan;
    • Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel; dan
    • Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib / tiada rekod jenayah dan mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan yang di sediakan di hebahan rasmi. Resume dan salinan sijil hendaklah diemelkan kepada alamat e-mel: [email protected].

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 16 SEPTEMBER 2024 (ISNIN).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…