bantuan musim tengkujuh

Pendaftaran Bantuan Musim Tengkujuh telah dibuka: Maklumat jumlah bayaran & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 oleh Kerajaan Persekutuan.

Bantuan-bantuan ini juga diberikan kepada kumpulan sasar tertentu sesuai dengan objektif sesebuah bantuan. Berikut adalah antara bantuan yang telah diperkenalkan ini: –

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Antara yang diperkenalkan itu adalah Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT. Bantuan di bawah RISDA ini pada asasnya merupakan bantuan tahunan yang diberikan untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh. Inisiatif ini merupakan salah satu cara pemerintah untuk membantu mereka yang terkena dampak buruk musim ini setiap tahun.

Kadar yang ditetapkan pula adalah sebanyak RM800 seorang kepada setiap penerima yang layak. Pembayarannya akan dibuat sebanyak empat kali dengan kadar RM200 setiap bulan bermula pada bulan November 2023 hingga Februari 2024.

Syarat-Syarat Kelayakan

Pekebun Kecil (Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah)

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah;
  • Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA;
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA).

 

Penoreh (Mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah)

  • Warganegara Malaysia;
  • Penoreh berdaftar dengan RISDA;
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar;
  • Mendapat pengesahan pemilik tanah/wakil yang sah;
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh).

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan BMT, permohonannya boleh dikemukakan melalui Portal Rasmi Pekebun Kecil RISDA atau hadir ke pejabat RISDA.

Kaedah 1: Portal Pekebun Kecil RISDA – Secara atas talian melalui Portal Pekebun Kecil RISDA (Permohonan Baru/Hantar/Kemaskini Permohonan):

  • Pekebun Kecil : Pemohon baru atau Penerima BMT tahun sebelumnya.
  • Penoreh : Wajib membuat permohonan baru walaupun pernah menerima BMT tahun sebelumnya.

 

Kaedah 2: Hadir ke Pejabat RISDA – Pemohon hadir ke Pejabat RISDA dan permohonan diterima melalui Sistem e-BMT :

  • Pekebun Kecil : Penerima BMT tahun sebelumnya berstatus berjaya bayar dan dokumen lengkap.
  • Penoreh : Perlu menghantar permohonan melalui Portal Pekebun Kecil RISDA.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

Pekebun Kecil RISDA & Individu

  • Kad pengenalan pemohonan dan salinan;
  • Geran asal tanah dan salinan;
  • Salinan buku akaun bank yang aktif;
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada)

 

Penoreh Bukan Pemilik

  • Kad pengenalan pemohonan dan salinan;
  • Salinan kad pengenalan pemilik tanah;
  • Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer);
  • Salinan buku akaun bank yang aktif;
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/ wakil yang sah;
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh)

 

Pekebun Kecil Agensi

  • Kad pengenalan pemohonan dan salinan;
  • Geran asal tanah dan salinan (jika memilik tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah);
  • Salinan buku akaun bank yang aktif;
  • Surat pengesahan daripada agensi;
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi JPS dan JAKOA)

 

Permohonan BMT dibuka mulai 1 Jun 2024 sehingga 30 September 2024. Bagi yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian di laman web Semakan Status BMT atau Portal Pekebun Kecil RISDA dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari Portal Pekebun Kecil RISDA
  • Langkah 2: Masukkan No. Kad Pengenalan
  • Langkah 3: Klik butang ‘Semak.’
  • Langkah 4: Status permohonan bantuan dipaparkan.

 

Manakala, semakan dan maklumat lebih lengkap berkenaan BMT, sila rujuk di Portal Suara RISDA – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

SARA Fasa 11 Dibayar Bulan Ini (November 2024): Jumlah bayaran untuk Isi Rumah, Warga Emas & Bujang

SARA Fasa 11 Dibayar Bulan Ini (November 2024): Jumlah bayaran untuk Isi Rumah, Warga Emas & Bujang

Golongan berpendapatan rendah dan sederhana sering kali menghadapi cabaran kewangan yang mencabar dalam kehidupan harian mereka. Dengan peningkatan kos sara…
Universiti Malaya (UM) ~ Pengambilan Jawatan Kosong Sebagai Pembantu Keselamatan Gred KP1

Universiti Malaya (UM) ~ Pengambilan Jawatan Kosong Sebagai Pembantu Keselamatan Gred KP1

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini…
STR 2024 Telah Selesai Dibayar: Ini Pula Jumlah Bayaran STR 2025 Untuk Semua Rakyat Malaysia

STR 2024 Telah Selesai Dibayar: Ini Pula Jumlah Bayaran STR 2025 Untuk Semua Rakyat Malaysia

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai cabaran ekonomi dan sosial telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Peningkatan kos sara…