Yayasan Canselor

Jawatan Kosong Yayasan Canselor UKM, September 2024: Gaji permulaan RM6,668.00

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Canselor UKM kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Yayasan Canselor UKM

PENGURUS WAKAF

  • Gred Jawatan: N48
  • Gaji Permulaan: RM6,668.00

Syarat – Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi Pengajian Awam / Swasta dalam bidang Pentadbiran wakaf / Kewangan Islam / Pentadbiran Perniagaan dan lain-lain bidang yang berkaitan; dan • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun dan berpengalaman dalam bidang pengurusan wakaf;
  • Mempunyai Sijil Kemahiran Pengurusan Projek / Pengurusan Kewangan atau bidang berkaitan wakaf adalah satu kelebihan;
  • Mampu berkomunikasi dengan baik, jelas dan berkesan dengan semua tahap organisasi, memiliki kemahiran interpersonal yang mantap serta berupaya membina hubungan kerjasama dengan pihak dalam dan luar UKM termasuk pelanggan dan rakan strategik;
  • Mampu menyediakan analisis kewangan, mampu menyelesaikan masalah secara berkesan;
  • Mempunyai kemampuan memimpin, memotivasi dan menginspirasi pasukan untuk mencapai sasaran;
  • Berkebolehan merancang, mengorganisasi, mengarah dan mengawal operasi dengan sistematik dan berkesan; Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;
  • Berkebolehan memberi taklimat / syarahan atau perkongsian berkenaan inisiatif wakaf.

Bidang Tugas

  • Mengetuai operasi wakaf dan melapor kepada Pengarah;
  • Membangunkan dan merangka pelan operasi strategik pembangunan pelaksanaan wakaf; • Memastikan Key Performance Indicators (KPI) dicapai mengikut sasaran yang ditetapkan;
  • Berkemampuan untuk membuat penjanaan wakaf dan lain-lain bentuk pendanaan;
  • Menyediakan bajet tahunan khususnya untuk aktiviti wakaf serta menyediakan laporan pencapaian untuk dianalisa dan diambil tindakan sewajarnya;
  • Memastikan pematuhan kepada semua piawaian dan garis panduan serta dasar dan prosedur wakaf yang ditetapkan;
  • Bertanggungjawab dalam perjumpaan / perbincangan dengan rakan strategik dan lain-lain jabatan; dan
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan melengkapkan maklumat diri dan hantarkan resume/CV terkini serta salinan sijil akademik pada pautan yang disediakan di hebahan rasmi.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 23 SEPTEMBER 2024 (ISNIN).

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Yayasan Canselor ditubuhkan bagi menjana dan mengurus tabung kewangan daripada alumni, rakan-rakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), syarikat-syarikat swasta, yayasan-yayasan lain dan pihak awam secara efisien. Yayasan ini adalah dibawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat).

Visnya adalah untukmenjadi penyumbang utama yang lestari kepada Universiti bagi mendokong pelbagai inisiatif pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan.

Manakala, miisnya pula adalah beriltizam menjana dana melalui jaringan dengan penyumbang, penaja dan penderma berasaskan mekansime dan instrumen yang dinamik.

Selain itu, ia juga bermatlamat untuk menyediakan infrastruktur yang cekap bagi penjanaan dana yang lestari; mencetus dan melancarkan mekanisme dan instrumen yang inovatif bagi penjanaan dana yang berkesan dan mewujudkan jaringan kerjasama dengan rakan sedia ada dan pihak yang berpotensi bagi memupuk hubungan yang berkekalan dengan Universiti.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Sara Hidup (BSH): Semakan kelayakan dan cara memohon RM300 setiap bulan

Bantuan Sara Hidup (BSH): Semakan kelayakan dan cara memohon RM300 setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Elaun kedatangan RM75

Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Elaun kedatangan RM75

Mencari pekerjaan kini lebih mencabar dengan persaingan yang semakin meningkat. Namun, peluang sentiasa terbuka kepada mereka yang bersedia untuk mencarinya.…
Bantuan Kerajaan Kedah RM300 secara 'one-off' telah dibuka: Cara memohon

Bantuan Kerajaan Kedah RM300 secara 'one-off' telah dibuka: Cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…