beli motosikal

Permohonan RM20,000 untuk beli motosikal, kereta, van & lori masih dibuka: Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis skim dan program telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Di bawah Belanjawan 2024, terdapat insiatif dan program yang diteruskan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Antaranya program itu adalah dengan meneruskan Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim ini: –

TEKUN Mobilepreneur 4.0

TEKUN Nasional telah memperkenalkan sebuah skim pembiayaan yang dikenali sebagai Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0. Ia adalah sebuah skim yang menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal, kereta, van atau lori.

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 disediakan kepada pemohon untuk tujuan seperti Pembelian Kenderaan; Baik Pulih Kenderaan dan Modal Pusingan.

Kadar yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Jenis Kenderaan: Motosikal
    • Baik Pulih & Modal Pusingan: RM1,000 – RM5,000
    • Pembelian: RM1,000 – RM10,000
  • Jenis Kenderaan: Kereta, Van atau Lori
    • Baik Pulih & Modal Pusingan: RM1,000 – RM10,000
    • Pembelian: RM1,000 – RM20,000

 

Tempoh pembiayaan yang ditetapkan adalah sehingga 36 bulan atau 3 tahun. Manakala, kadar keuntungan pula sebanyak 4% setahun.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Bumiputera dan Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI)
  • Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  • Pemohon bukan seorang muflis
  • Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India bagi SPUMI)
  • Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
  • Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
  • Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
  • Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
  • Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
  • Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
  • Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

 

Syarat-syarat tambahan:

  • Mempunyai lesen memandu yang sah.
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat ehailing yang berdaftar.
  • Mempunyai motosikal / kereta / van / lori sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih kenderaan dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebut harga (quotation) pembelian kenderaan daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli kenderaan.
  • Pembiayaan yang diluluskan bagi tujuan pembelian motosikal, Borang Pengesahan Pembelian Motosikal perlulah diisi oleh penerima biaya setelah membuat
    pembelian motosikal seperti sebut harga (quotation) yang dikemukakan semasa permohonan sebagai bukti
    pembelian.
  • Penerima biaya Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 wajib membuat bayaran balik menggunakan kaedah berikut:
    • Aplikasi elektronik – D Direct Debit e-Mandate yang mempunyai akses perbankan internet (online banking), atau
    • Cek tarikh tertunda

Cara Memohon

Bagi urusan permohonan Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0, ia hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen asas dan tambahan seperti mana yang diminta oleh Tekun Nasional semasa membuat permohonan.

Penting dimaklumkan di sini bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan ini dan ia hanya boleh dikemukakan di Pejabat Cawangan TEKUN.

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan skim pembiayaan ini, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi TEKUN Nasional – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Sara Hidup (BSH): Semakan kelayakan dan cara memohon RM300 setiap bulan

Bantuan Sara Hidup (BSH): Semakan kelayakan dan cara memohon RM300 setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Elaun kedatangan RM75

Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Elaun kedatangan RM75

Mencari pekerjaan kini lebih mencabar dengan persaingan yang semakin meningkat. Namun, peluang sentiasa terbuka kepada mereka yang bersedia untuk mencarinya.…
Bantuan Kerajaan Kedah RM300 secara 'one-off' telah dibuka: Cara memohon

Bantuan Kerajaan Kedah RM300 secara 'one-off' telah dibuka: Cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…