renjer komuniti

Jawatan Kosong Renjer Komuniti PERHILITAN, ambilan September 2024: Mohon sekarang

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong sebagai Renjer Komuniti bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Renjer Komuniti, PERHILITAN

RENJER KOMUNITI

  • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM1,500 – RM1,950
  • Manfaat: Caruman KWSP, Caruman PERKESO, Takaful Berkelompok
  • Penempatan:
    • Taman Negeri Kenyir;
    • Taman Negeri Setiu Wetlands;
    • Taman Negeri Pulau Tenggol;
    • Pulau Rhu.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki dan komuniti setempat sahaja;
  • Berumur 18 hingga 45 tahun;
  • Melepasi ujian menjawab soalan pilihan pelbagai (MCQ), ujian fizikal dan sesi temuduga;
  • Mempunyai rekod perkhidmatan yang baik sebelum ini; dan
  • Lengkap 2 Dos Vaksin C-19.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di pautan yang disediakan di hebahan rasmi.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Permohonan dibuka sehingga 30 September 2024.

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Jabatan PERHILITAN pada asalnya dikenali sebagai Jabatan Mergastua. Pada tahun 1896 undang-undang pertama mengenai hidupan liar telah diwujudkan dan pada tahun 1902 rezab hidupan liar yang pertama iaitu Rezab Hidupan Liar Chior telah diwartakan.

Usaha-usaha untuk menubuhkan satu agensi pusat untuk menyelaraskan aktiviti pemuliharaan habitat dan spesies hidupan liar telah bermula pada tahun 1930, dengan pelantikan En. T.R. Hubback, bekas Pelindung Mergastua (Game Warden) Negeri Pahang, sebagai ketua kepada Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya.

Hasil daripada Laporan Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya 1932, dua tindakan susulan telah diambil oleh kerajaan pada masa tersebut iaitu:

  • Penubuhan Ibu Pejabat Jabatan Mergastua pada tahun 1937 dengan pelantikan Captain Ritchie sebagai Ketua Pelindung Mergastua yang pertama; dan
  • Penubuhan King George V National Parks yang merangkumi kawasan seluas kira-kira 4,343 km persegi di sempadan Pahang, Kelantan dan Terengganu pada tahun 1938/1939.

 

Pada tahun 1955, satu perundangan baru, dikenali “The Wild Animals and Wild Birds Protection Ordinance” telah diwujudkan untuk menyelaraskan penguatkuasaan terhadap perlindungan hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia. Akan tetapi, pentadbiran Jabatan masih di bawah Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkaitan.

Antara tahun 1972 dan 1976, Kerajaan Persekutuan selepas berbincang dengan Kerajaan-kerajaan Negeri telah mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri di Semenanjung Malaysia berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972, Akta 76. Jabatan Mergastua kemudiannya dinamakan sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau ringkasnya Jabatan PERHILITAN.

Objektif utama jabatan ini adalah:

  • Memperkasa program konservasi hidupan liar menerusi aktiviti pengurusan, penguatkuasaan, pengkayaan dan penyelidikan hidupan liar;
  • Mengekalkan integriti kawasan perlindungan bagi faedah penyelidikan, pendidikan, ekonomi, estatik, rekreasi dan fungsi ekologi;
  • Meningkatkan pengetahuan, kesedaran, pembangunan modal insan dan penglibatan masyarakat ke arah konservasi hidupan liar;
  • Penjanaan ekonomi melalui aktiviti konservasi hidupan liar;
  • Memperkasakan kepakaran, perkongsian maklumat dan penggunaan teknologi dalam konservasi hidupan liar.

 

Visinya pula menerajui konservasi hidupan liar untuk kesejahteraan rakyat dan misinya –  komited dalam konservasi hidupan liar dan habitatnya untuk generasi akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…