fama

Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Elaun kedatangan RM75

Mencari pekerjaan kini lebih mencabar dengan persaingan yang semakin meningkat. Namun, peluang sentiasa terbuka kepada mereka yang bersedia untuk mencarinya.

Pada ketika ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan. Ini adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong FAMA

KERANI KEWANGAN

  • Taraf Jawatan : Anggota Projek FAMA (Kontrak)
  • Penempatan : Pusat Memproses Makanan FAMA Kuala Selangor
  • Gred / Jadual Gaji : Gred K1
  • Jadual Gaji : RM1,324.95 – RM3,291.20
  • Elaun Kedatangan : RM75/sebulan

Syarat-Syarat Kekayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus dengan kepujian subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
  • Syarat kemasukan ini berbeza berbanding dengan syarat kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dalam perkhidmatan awam.

Bidang Tugas

  • Menyediakan dan merekod setiap transaksi kewangan harian;
  • Menyediakan dokumen berkaitan pesanan pembelian dan memastikan invois belian disemak dan direkod dengan teliti;
  • Membantu dalam menguruskan pembayaran kepada vendor, pembekal, dan kakitangan;
  • Membantu dalam penyediaan laporan kewangan berkala dan tahunan;
  • Mengawasi stok produk jualan di pejabat serta menyelia stok di pusat pengedaran AgroMas;
  • Membantu menguruskan permohonan pelupusan stok yang telah tamat tempoh mengikut prosedur yang ditetapkan;
  • Menyediakan penyata hutang dan surat tuntutan hutang kepada penghutang;
  • Memproses bayaran gaji kakitangan projek dan upahan, mengira kerja lebih masa dan tuntutan perjalanan kakitangan;
  • Menguruskan sebarang urusan bank yang berkaitan dengan kewangan organisasi sekiranya diperlukan;
  • Melaksanakan sebarang tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

Cara Memohon Jawatan Kosong FAMA

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang FAMA 1-08p secara lengkap dan dilampirkan bersama salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil SPM/SRP/PMR/PT3, Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.

Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat dan dihantar ke alamat:

PENGURUS
PUSAT MEMPROSES MAKANAN FAMA KUALA SELANGOR
KM.8 SG TERAP
45500 TANJONG KARANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Calon-calon di ingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Permohonan dibuka sehingga 26 September 2024, Khamis

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) ditubuhkan pada 30 September 1965 di bawah Akta 141 dan merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur–sayuran, buah–buahan dan bunga-bungaan serta produk–produk industri makanan dan asas tani.

Dalam usaha memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA juga berperanan dalam memperluaskan saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar.

FAMA turut berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri makanan tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna.

Untuk melaksanakan peranan berkenaan, FAMA telah menggiatkan usaha-usaha meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran melalui strategi-strategi berikut:

  • Pembangunan luang pasaran;
  • Pembangunan infrastruktur pemasaran;
  • Pembangunan keusahawanan;
  • Pembangunan pemasaran produk;
  • Pembangunan regulasi pemasaran.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Dalam situasi ekonomi semasa…
Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi topik perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia.…