YPJ

Bantuan Kewangan YPJ RM500 sekaligus (one-off): Cara memohon & syarat kelayakan

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, ramai pihak yang menghadapi kesukaran bagi memenuhi keperluan harian. Kos sara hidup yang meningkat, ditambah pula dengan ketidaktentuan pekerjaan, menjadikan bantuan kewangan sebagai sebuah keperluan penting kepada golongan yang memerlukan.

Mujurlah, kerajaan dan beberapa institusi lain telah menyediakan pelbagai jenis bantuan kewangan bagi membantu mereka yang terkesan. Oleh itu, kali ini kita akan mengupas bantuan kewangan yang tersedia dan bagaimana anda boleh memanfaatkannya untuk meringankan beban kewangan.

Bantuan Kewangan YPJ

Yayasan Pelajaran Johor atau YPJ adalah sebuah pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada  tahun 1982. Ia berperanan dalam pembangunan pendidikan rakyat negeri Johor.

Tujuan-tujuan Yayasan Pelajaran Johor yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Aktif menaja membaikkan peluang mendapatkan pelajaran di kalangan rakyat Johor khasnya dan Malaysia amnya;
  • Bagi memberi atau menguruskan pemberian oleh badan-badan lain pinjaman-pinjaman atau bantuan tunai atau pelajaran kepada rakyat;
  • Meluaskan peluang bidang pelajaran bagi rakyat di dalam mana-mana pelajaran tinggi di serata dunia.

 

Dalam masa sama, YPJ juga ada memperkenalkan sebuah insiatif yang dikenali sebagai Skim Bantuan Pendaftaran dengan kadar sebanyak RM500 secara sekaligus (one-off).

Bantuan ini diberikan kepada para pelaja yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secaea sepenuh masa.

Syarat-Syarat Kelayakan Skim Bantuan Pendaftaran YPJ

  • Pemohon hendaklah lahir atau menetap di Negeri Johor;
  • Permohonan terbuka bagi Semester Pertama program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA, Kolej Matrikulasi, Kolej-kolej Komuniti dan Kolej-kolej di bawah KPYPJ bermula Januari 2024 – Disember 2024;
  • Tempoh kursus yang diikuti adalah sekurang-kurangnya setahun atau lebih;
  • Pemohon hendaklah tidak menerima sebarang bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain;
  • Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran secara sekali sahaja mengikut sesuatu tahap pengajian;
  • Tidak ada had pendapatan Ibu Bapa atau Penjaga;
  • Permohonan bantuan hendaklah tertakluk kepada syarat dan kelulusan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor.

Cara Memohon Skim Bantuan Pendaftaran YPJ

Bagi urusan permohonan Skim Bantuan Pendaftaran YPJ, ia hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Permohonan SBP 2024.

Pemohon juga wajib memuat naik dokuman-dokumen berikut ketika membuat permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Pelajar;
  • Salinan Sijil Kelahiran (Surat Beranak) Pelajar;
  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Ibu dan bapa atau Penjaga kepada pemohon;
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Kolej Matrikulasi,  Kolej-Kolej Komuniti & Kolej-Kolej di bawah KPYPJ (Terima Tawaran Kemasukan dari Januari 2024-Disember 2024).

 

Permohonan bantuan ini dibuka mulai 6 September 2024 hingga 31 Oktober 2024. Info yang lebih lengkap tentang inisiatif ini boleh dirujuk dan diteliti DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat Tambahan

Dalam masa sama, pihak YPJ turut memperkenalkan Biasiswa Orang Muda Johor iaitu sebuah penajaan kepada pelajar-pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Negeri Johor bagi melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia.

Melalui, pelajar-pelajar yang terpilih akan ditawarkan penajaan mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan di 20 universiti terbaik dunia. Ia seperti mana yang disenaraikan dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings, Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings, dan / atau Academic Ranking of World Universities (ARWU) berdasarkan kedudukan universiti atau bidang pengajian.

Syarat-syarat umum program ini adalah seperti di bawah:

  • Pemohon dan Ibu Bapa pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
  • Pemohon dan Ibu atau Bapa pemohon hendaklah lahir atau menetap di Johor sekurang-kurangnya 10 tahun berturut-turut (dari tarikh permohonan);
  • Pemohon hendaklah berstatus bujang / belum berkahwin;
  • Pemohon hendaklah mengikuti pengajian secara sepenuh masa;
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
  • Pemohon mempunyai kesihatan yang baik (fizikal dan mental);
  • Pemohon tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah dan tidak disenarai hitam; dan
  • Umur pemohon belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

 

Info yang lebih lengkap tentang inisiatif ini boleh dirujuk dan diteliti di Portal Rasmi YPJ – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…