Bantuan RM1200

Bantuan RM1200 tanpa perlu memohon: Diberikan RM100 setiap bulan secara automatik

Pengenalan pelbagai bantuan adalah salah satu usaha Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan juga telah menerus atau memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif.

Antara yang paling popular adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Dalam pada itu, penerima STR yang menepati syarat-syarat khusus juga layak menerima bantuan tambahan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Ini adalah maklumat lanjut tentang SARA ini: –

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bantuan RM1200 dan RM600

Bantuan tambahan kepada penerima STR ini dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Kadar SARA adalah sebanyak RM1,200 kepada isi rumah dan RM600 kepada bujang. Ia juga boleh dikenali sebagai bantuan subsidi bersasar kepada mereka yang paling terkesan dengan kesan kos sara hidup.

Berikut adalah maklumat kriteria syarat-syarat kelayakan SARA:

  • Penerima adalah warganegara Malaysia;
  • Penerima hendaklah lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Penerima adalah tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Pembayaran SARA

Pembayaran bantuan ini dibuat secara dua kaedah iaitu kredit terus ke Kad Pengenalan (MyKad) atau seperti mana pembayaran STR iaitu kredit terus ke akaun atau tuntutan tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Mereka yang menerima SARA ke MyKad masing-masing adalah penerima di Semenanjung iaitu sebanyak RM100 atau RM50 setiap bulan.

Jadual pembayaran SARA bagi Semenanjung Malaysia.

Manakala, bagi penerima di Sarawak, Sabah dan Labuan pula, mereka akan menerima SARA seperti mana pembayaran STR pada 19 Februari 2024 (bayaran pertama) dan September 2024 (bayaran kedua).

Cara Menggunakan SARA dengan MyKad

Untuk penerima di Semenanjung Malaysia, mereka menerima SARA dengan dikreditkan RM100 atau RM50 ke MyKad masing-masing. Mereka seterusnya boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan harian yang terdiri seperti makanan dalam tin, beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, produk kebersihan, minuman, bahan perasa, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Pembelian boleh dibuat di lebih 600 buah runcit seperti The Store, Mydin, Giant, Econsave, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.

  • Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh memilih barangan keperluan daripada 13 kategori produk yang ditandai dengan label MyKasih pada rak harga.
  • Tunjuk MyKad untuk Pengesahan: Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan bagi tujuan pengesahan.
  • Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas kod setiap barang keperluan yang dibeli, mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi.
  • Simpan Resit untuk Rujukan: Penerima bantuan digalakkan menyimpan resit sebagai rujukan untuk semakan transaksi.

 

Pembelian hanya dibenarkan untuk barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan. Sekiranya penerima membeli barangan di luar kategori ini atau jumlah pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad, baki tersebut perlu dibayar sendiri oleh penerima.

Baki elaun bulanan yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digabungkan dengan elaun bulan semasa. Namun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program, iaitu pada 31 Disember 2024, akan tamat secara automatik.

Dimaklumkan juga bahawa pembayaran di kaunter dilakukan menggunakan MyKad penerima, dengan nombor pin yang hanya diketahui oleh penerima sahaja. Sebarang pembelian yang dibuat oleh individu lain selain penerima adalah tanggungjawab penerima sepenuhnya.

Maklumat tentang Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan lebih lengkap, teliti dan sahih boleh dirujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…