e-Wallet RM300

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan: Pendapatan bawah RM5,000 boleh memohon

Secara umumnya, e-Wallet, atau e-Dompet adalah aplikasi atau perkhidmatan digital yang membolehkan pengguna menyimpan, menghantar dan menerima wang secara elektronik melalui peranti mudah alih atau komputer. Fungsi utamanya mirip dengan dompet fizikal, tetapi dalam bentuk digital.

Pengguna boleh memautkan akaun bank atau kad kredit mereka ke e-dompet untuk memudahkan transaksi seperti pembayaran bil, pembelian dalam talian, atau pemindahan wang. E-Wakllet juga sering digunakan untuk pembayaran tanpa tunai di kedai fizikal, melalui imbasan kod QR atau teknologi NFC (Near Field Communication).

Antara fungsi dan ciri-ciri e-Wallet adalah:

  • Pembayaran Tanpa Tunai: E-wallet membolehkan pengguna melakukan transaksi di kedai fizikal atau dalam talian melalui imbasan kod QR atau melalui Near Field Communication (NFC), bergantung kepada teknologi yang disokong oleh aplikasi tersebut.
  • Kemudahan dan Kelajuan: Dengan hanya beberapa klik, pengguna boleh membayar di kaunter atau membeli secara atas talian tanpa perlu memasukkan butiran kad setiap kali. Ini menjadikan transaksi lebih pantas dan praktikal.
  • Pengurusan Kewangan: E-wallet sering kali menyediakan fungsi untuk mengurus dan menjejak perbelanjaan harian. Ia membolehkan pengguna melihat rekod transaksi dengan jelas, membantu dalam perancangan kewangan.
  • Pindahan Wang: Pengguna juga boleh memindahkan wang ke e-wallet orang lain dengan mudah, seperti keluarga atau rakan, hanya dengan menggunakan nombor telefon atau imbasan kod QR.
  • Ketersediaan Promosi dan Ganjaran: Banyak e-wallet menawarkan program ganjaran, seperti pulangan tunai (cashback), diskaun, atau mata ganjaran yang boleh ditebus semasa pembelian.
  • Keselamatan: E-wallet biasanya dilengkapi dengan pelbagai lapisan keselamatan seperti kata laluan, pengesahan biometrik (cap jari atau pengecaman wajah), dan kod pengesahan satu kali (OTP). Transaksi juga dienkripsi untuk melindungi data pengguna.

 

Disebabkan faktor-faktor yang memudahkan pengguna itu, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah program kebajikan berbentuk e-Wallet. Ini adalah maklumat lanjutnya:

Bantuan e-Wallet RM300

Bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Selangor dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Program bantuan ini bertujuan untuk meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan beban ekonomi, dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran rakyat di Selangor.

Jumlah pemberian BINGKAS adalah RM300 dan diberikan secara bulanan (setiap bulan). Manfaat-manfaat lain tentang program ini adalah seperti berikut:

  • E-Wallet BINGKAS boleh digunakan di kedai-kedai dan pasaraya-pasaraya yang berdaftar;
  • Urus niaga pembelian dijalankan secara tanpa tunai (cashless) melalui akaun e-Wallet;
  • Had bulanan pembelian barangan keperluan asas ditetapkan sebanyak RM300;
  • Baki nilai daripada bulan sebelumnya mesti dihabiskan kerana ia tidak akan dibawa ke bulan hadapan;
  • e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai secara automatik sehingga RM300 setiap bulan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia;
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000;
  • Pemilih yang berdaftar di Selangor;
  • Keluarga dengan sekurang-kurangnya dua (2) tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor lebih daripada 10 tahun.

Cara Memohon

Permohonannya boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS. Pemohon bagaimanapun perlu melampirkan dokumen-dokumen di bawah ketika membuat permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan – MyKad (pemohon dan/atau pasangan).
  • Salinan slip gaji atau pencen terkini (bagi penjawat awam atau pesara kerajaan).
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid, atau surat kelahiran / sijil anak angkat / Kad OKU / surat hak jagaan (untuk anak-anak atau tanggungan).
  • Salinan penyata EA atau KWSP (untuk pemohon yang bekerja swasta).
  • Salinan sijil kematian, perceraian, atau laporan polis (untuk ibu atau bapa tunggal).
    Pengesahan penyata pendapatan daripada ketua komuniti seperti ADUN, penghulu, ahli majlis, atau ketua kampung (untuk individu yang bekerja sendiri atau tidak bekerja).

 

Sekiranya permohonan diluluskan, penerima BINGKAS boleh menggunakan e-Wallet itu untuk membeli barangan keperluan harian merangkumi besar, gula, tepung, ikan, ayam, daging, sayur, garam, telur, biskut, roti, mee, bihun, buah-buahan, rempah ratus, kicap, sos, minyak masak, ubat-ubatan, sabun, kelengkapan mandian, lampin pakai buang, produk tenusu dan barangan persekolahan.

Cara menggunakan BINGKAS adalah seperti berikut:

  • Kunjungi kedai berdaftar di bawah senarai BINGKAS.
  • Pilih barangan yang ingin dibeli.
  • Juruwang seterusnya mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan.
  • Juruwang akan menyaring barangan yang tersenarai di bawah BINGKAS.
  • Penerima perlu klik pada Kad BINGKAS di aplikasi.
  • Klik ‘PAY’ dan pilih akaun BINGKAS.
  • Masukkan PIN 6 digit untuk mengaktifkan Kod QR.
  • Juruwang imbas Kod QR untuk menyelesaikan pembayaran.

 

Bagi maklumat yang lebih sahih dan lengkap tentang insentif Kerajaan Negeri Selangor ini, sila lawati Portal BINGKAS – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM800 Dibayar Secara Berfasa: Ini Maklumat Syarat-Syarat & Cara Pembayaran

Bantuan RM800 Dibayar Secara Berfasa: Ini Maklumat Syarat-Syarat & Cara Pembayaran

Musim tengkujuh merupakan fenomena tahunan yang membawa hujan lebat, banjir, dan angin kencang, terutamanya di kawasan pantai timur dan utara…
Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Pada ketika ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Musim tengkujuh sering kali dikaitkan dengan hujan lebat, banjir kilat, dan angin kencang yang melanda kawasan tertentu di Malaysia. Fenomena…