tabung haji

Pengambilan jawatan kosong Tabung Haji sesi Oktober 2024: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Tabung Haji (TH) kini sedang membuka pengambilan kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji (TH)

SETIAUSAHA GRED E53

  • Penempatan: Semenanjung

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pejabat Diploma Kesetiausahaan Atau Ijazah Sarjana Muda/Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan;
  • Pengalaman: Dua tahun pengalaman dalam bidang Kesetiausahaan. Lepasan ijazah/diploma boleh dipertimbangkan Atau Lima tahun pengalaman kerja dalam perkeranian.
  • Kemahiran dan Pengetahuan : Kemahiran tulisan ringkas atau trengkas
  • Latihan :
    • Microsoft Office
    • Trengkas 3
    • Sistem tHR4Us
    • FMS Oracle
    • Sistem watermark

Bidang Tugas

  • Menyedia, menyelaras dan mengatur kalendar harian Ketua Jabatan/Ketua Bahagian dalam urusan-urusan rasmi seperti menerima, menapis dan membuat temujanji dan panggilan telefon serta menyambut tetamu;
  • Menyelaras mesyuarat dan menyediakan logistik seperti penyediaan folder yang mempunyai maklumat/dokumen yang diperlukan, mengambil dan menaip minit mesyuarat dan penghantaran minit mesyuarat kepada anggota yang berkenaan untuk tindakan sewajarnya;
  • Menerima, membuka dan merekod dokumen-dokumen masuk/keluar Ketua Jabatan/Ketua Bahagian serta mengambil tindakan segera terhadap dokumen-dokumen tersebut;
  • Menyelaras, menyedia, menyemak dan meminda/mencadangkan pindaan dokumen-dokumen sebelum dimajukan kepada Ketua Jabatan/Ketua Bahagian untuk pengesahan dan kelulusan;
  • Menyedia, menyelaras dan memastikan dokumen-dokumen diambil tindakan sewajarnya oleh setiap Bahagian/Unit di Jabatan/Bahagian berkenaan;
  • Merekodkan dokumen dan mengklasifikasikan dokumen bertaraf Sulit ke dalam Buku Daftar Suratan Rasmi Di Luar Jadual Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Berhubungan Dengannya Yang Dikelaskan;
  • Menyimpan dokumen/fail Ketua Jabatan/Ketua Bahagian serta mengurus/mengawal pergerakan dokumen/fail berdasarkan tahap kerahsiaan dokumen/fail tersebut;
  • Menyelaras penyediaan maklum balas terkni perkara berbangkt/deraf minit mesyuarat sebelum dimajukan kepada Ketua Jabatan/Ketua Bahagian untuk pengesahan dan kelulusan;
  • Menyelaras persediaan Ketua Jabatan/Ketua Bahagian sebagai panel temuduga (pengesahan tarikh, tempat, masa, senarai calon);
  • Menyelaras dan mengatur jadual perjalanan, tempahan tiket perjalanan/penginapan serta dokumen-dokumen yang berkaitan sekiranya bertugas di luar kawasan;
  • Menyelaras, menyemak dan membuat tuntutan bagi bil-bil yang berkaitan perjalanan dan utiliti Ketua Jabatan/Ketua Bahagian;
  • Memastikan semua permohonan kelulusan melalui sistem/ kertas kerja/ perjanjian diluluskan oleh Ketua Jabatan/Ketua Bahagian sebelum tarikh tamat;
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Bahagian dari semasa ke semasa.

Cara Memohon Jawatan Kosong Tabung Haji

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, pendaftaran permohonna kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan boleh dilaksanakan secara atas talian di Portal Career Tabung Haji (TH).

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan jawatan pada 3 Oktober 2024.

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani temuduga. Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah badan berkanun yang tertakluk di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). Aktivitu utama TH adalah merangkumi pengurusan haji, tabungan dan pelaburan.

TH juga bertekad untuk menyediakan perkhidmatan haji yang cemerlang kepada Jemaah Haji Malaysia dan rekodnya yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan haji yang inovatif.

Ketika ini, TH mempunyai sekitar 9 juta pendeposit dengan 107 cawangan dan lebih 10,000 titik sentuh di seluruh negara. TH turut mempunyai satu pejabat yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi di bawah bidang kuasa Konsulat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan: Pendapatan bawah RM5,000 boleh memohon

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan: Pendapatan bawah RM5,000 boleh memohon

Secara umumnya, e-Wallet, atau e-Dompet adalah aplikasi atau perkhidmatan digital yang membolehkan pengguna menyimpan, menghantar dan menerima wang secara elektronik…
i-Suri: Cara mendaftar dan mendapatkan insentif khas RM300 dari KWSP

i-Suri: Cara mendaftar dan mendapatkan insentif khas RM300 dari KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah salah satu tabung simpanan persaraan tertua dan terbesar di dunia. Sejak penubuhannya pada tahun…
200 kekosongan jawatan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB): Daftar sekarang!

200 kekosongan jawatan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB): Daftar sekarang!

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kini sedang membuka pengambilan 200 kekosongan jawatan sebagai…