SPA

SPA buka kekosongan di Jabatan Kerajaan: Ambilan Oktober 2024, Gaji sehingga RM5,674

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini sedang membuka kekosongan jawatan di Jabatan Perikanan Malaysia bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong SPA (Jabatan Perikanan Malaysia)

PENOLONG PEGAWAI PERIKANAN GRED G29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Jadual Gaji: RM1,494 – RM5,674
  • Taraf Pelantikan:
    • Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun; dan
    • Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Diploma dalam bidang perikanan, sains nautika atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86);
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

Bertanggungjawab membantu pegawai-pegawai perikanan dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan segala aktiviti dan program yang meliputi aspek pengembangan didikan penguatkuasaan, pengawalseliaan serta pengurusan dan perlindungan sumber perikanan ke arah pembangunan industri perikanan negara.

Cara Memohon Jawatan SPA

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Sistem SPA9).

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga terdekat dikemas kini sebelum atau pada tarikh tutup iklan.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 10 OKTOBER 2024 (KHAMIS). Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI dan permohonan boleh dibuat DI SINI.

Maklumat Tambahan

Jabatan Perikanan telah melalui beberapa fasa penubuhan, bermula dengan kerajaan British yang menubuhkan Unit Perikanan Kolonil pada 1894. Pada ketika itu, ia diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Selatan. Kemudian, ia melalui fasa penambahbaikan melalui Dasar Ekonomi Baru sehingga kini.

Misi utama jabatan ini adalah untuk membangunkan industri perikanan yang dinamik berpandukan pasaran melalui pendekatan kreatif dan inovatif; menguruskan sumber perikanan negara secara efisyen, inovatif dan mesra alam berasaskan maklumat saintifik dan tadbir urus yang rapi dan melonjakkan sistem penyampaian berteraskan modal insan yang berkemahiran, berpengetahuan dan profesional.

Peranannya pula merangkumi menguruskan sumber perikanan negara secara efisien, inovatif dan mesra alam berasaskan kepada pengetahuan teknikal dan saintifik serta tadbir urus yang profesional; peneraju industri perlu mempunyai ilmu teknikal yang meluas untuk menggalakkan penyertaan syarikat swasta, pelabur serta kerjasama antarabangsa; meningkatkan bekalan ikan makanan dan menjana pendapatan kumpulan sasar dan menyumbang kepada eksport negara dan memastikan bekalan ikan yang mencukupi bagi memenuhi permintaan tempatan; meluaskan pasaran eksport produk ikan; dan memulihara, mengurus serta menggunakan sumber secara mapan.

ARTIKEL BERKAITAN

Mula dikreditkan ke akaun bulan depan (November 2024): Maklumat penuh Bantuan BMT RM800

Mula dikreditkan ke akaun bulan depan (November 2024): Maklumat penuh Bantuan BMT RM800

Setiap tahun, musim tengkujuh membawa hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir di beberapa buah kawasan di Malaysia. Musim ini biasanya…
Semak penerima, tarikh & jumlah bayaran STR Fasa 4 bulan depan (November 2024)

Semak penerima, tarikh & jumlah bayaran STR Fasa 4 bulan depan (November 2024)

Pengenalan pelbagai jenis bantuan/inisiatif adalah sebahagian daripada usaha pihak Kerajaan (Persekutuan atau Negeri) untuk meringankan beban rakyat mendapani cabaran kos…
Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kebajikan rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan, sentiasa terpelihara. Melalui pelbagai inisiatif bantuan kebajikan, kerajaan menyediakan…