Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan Malaysia sentiasa berusaha mencari jalan untuk meringankan beban rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Salah satu usaha penting yang dilaksanakan adalah melalui pemberian rebat bil elektrik.
Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai rakyat Malaysia berdepan dengan cabaran untuk mengurus perbelanjaan harian, termasuk bil utiliti yang kian bertambah. Oleh itu, kerajaan mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan rebat bil elektrik sebagai satu bentuk bantuan langsung untuk mengurangkan kos tenaga kepada isi rumah yang layak.
Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban kewangan bulanan, tetapi juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih cekap.
Bantuan Bil Elektrik
Bantuan Bil Elektrik yang dimaksudkan ini adalah Rebat Bil Elektrik RM40 yang diberikan secara bersasar untuk membayar bil elektrik bulanan sehingga maksimum RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.
Bermula pada 31 Januari 2024, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 yang diumumkan oleh kerajaan untuk menentukan status kemiskinan terkini.
Berdasarkan pengiraan PGK 2022, purata pendapatan nasional bagi kategori miskin tegar ditetapkan pada RM1,198. Oleh itu, bagi mereka yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga maksimum RM40 setiap bulan.
Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Bil Elektrik
- Ketua Isi Rumah (KIR): Hanya mereka yang tergolong dalam kategori miskin tegar dan tersenarai serta disahkan dalam Sistem eKasih yang layak memohon.
- Pendapatan: Pendapatan KIR akan dinilai berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi. Rebat bil elektrik yang diberikan maksimum adalah RM40 sebulan. Jika bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya. Sebaliknya, jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar lebihan tersebut.
- Satu Akaun: Setiap KIR miskin tegar yang berdaftar hanya layak untuk satu akaun bil elektrik sahaja.
- Tarif Rebat: Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja.
- Caj Tambahan: Rebat RM40 merangkumi semua jenis caj, termasuk penalti lewat bayar.
- Tunggakan Bil: Rebat tidak termasuk tunggakan bil sebelum KIR mengemas kini maklumat akaun elektrik.
- Tunggakan Terhad: Rebat hanya terpakai bagi tunggakan satu tahun sebelumnya. Untuk tahun 2024, ia merujuk kepada tunggakan dari 31 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.
- Kelayakan Kembali: Rebat tidak terpakai bagi tunggakan semasa tempoh KIR terkeluar dari senarai layak dan juga tunggakan dari tahun sebelumnya, sekiranya KIR kembali layak menerima rebat.
- Penggantian Nombor Akaun: Pengguna boleh menukar nombor akaun elektrik yang menerima rebat dengan menghubungi cawangan utiliti terdekat untuk mengemas kini maklumat.
- Pemotongan Bil: Bil elektrik yang layak sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus dari akaun pengguna.
Semakan Kelayakan
Bagi urusan semakan kelayakan Rebat Bil Elektrik RM40 ia boleh dibuat melalui Portal Semakan Rebat Bil Elektrik di laman web rasmi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) – DI SINI.
Pengguna yang memenuhi syarat akan mula menerima rebat RM40 dari tarikh kelayakan atau tarikh kemas kini maklumat akaun, sehingga 31 Disember pada tahun bil elektrik dikeluarkan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Pengguna hanya dibenarkan mendaftar satu nombor akaun sahaja. Program rebat ini juga hanya sah untuk tarif rumah kediaman atau domestik dan tidak termasuk kategori tarif lain seperti tarif komersil untuk kedai runcit.
Selain itu, penyewa turut dibenarkan mendaftar nombor akaun bil elektrik yang atas nama orang lain (contohnya, tuan rumah). Pengguna perlu menghubungi cawangan utiliti terdekat untuk mengemas kini nombor akaun tersebut.
Info lanjut berkenaan program ini sila rujuk di Portal Rasminya di PAUTAN INI.