Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan (khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana) pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bantuan. Antara yang popular adalah Sumbangan Tunai Rahmah atau STR yang juga merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan tunai sebelum ini.
Pemberian STR dibuat kepada golongan B40 dan M40, merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Kadarnya pula berbeza-beza mengikut ketegori, pendapatan dan tanggungan masing-masing. Ini adala maklumat lanjut berkenaan STR: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR merupakan bantuan yang diberikan secara berfasa (4 fasa) kepada isi rumah, warga emas dan bujang berkelayakan. Dengan pelaksanaan penyasaran semula subsidi, Kerajaan boleh menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024.
Kriteria kelayakan STR adalah seperti di bawah:
- Kategori Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Kategori Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Bayaran STR Fasa 4
Bayaran STR dibuat dengan kadar berbeza mengikut kategori, pendapatan dan tanggungan masing-masing. Pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun selesai diagihkan.
Manakala, pembayaran STR Fasa 4 pula dijadualkan pada bulan November 2024. Ini adalah maklumat jumlah bayaran STR Fasa 4:
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM350
- Bilangan anak 3 – 4: RM500
- Bilangan anak 5 & ke atas:RM700
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM150
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM250
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
- Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- STR Fasa 4: RM100
- Warga Emas Tiada Pasangan dengan pendapatan bulanan RM5,000 & ke bawah
- STR Fasa 4: RM150
Pembayaran STR dibuat dengan dua kaedah iaitu secara kredit terus ke akaun bank atau mengambilan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tiada akaun bank.
Semakan Status STR
Semakan status kelulusan STR boleh dibuat dengan pelbagai cara iaiu:
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran;
- Secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR.
Bagi secara atas talian, berikut adalah caranya:
- Klik log masuk MySTR;
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
- Masukkan Kata Laluan;
- Klik Semakan Status;
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Sekiranya semakan menunjukkan “Status Permohonan Diterima” ia merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.
Sekiranya, Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.