Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan kesejahteraan rakyat, terutama golongan yang memerlukan, melalui pelbagai inisiatif bantuan. Dari bantuan kewangan untuk keluarga berpendapatan rendah hingga skim khas bagi warga emas dan pelajar, langkah-langkah ini bertujuan untuk meringankan beban hidup serta memupuk masyarakat yang lebih inklusif dan sejahtera.
Dengan pelbagai cabaran ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh negara, terutamanya selepas pandemik, inisiatif-inisiatif ini menjadi tonggak penting dalam memastikan tiada golongan yang tertinggal.
Salah satu bentuk bantuan yang popular ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan ini memberi tumpuan kepada golongan B40, iaitu mereka yang berada dalam kumpulan pendapatan terendah. Menerusi bantuan ini, kerajaan menyediakan sokongan kewangan kepada keluarga yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
SARA turut menawarkan sokongan kepada isi rumah yang mempunyai anak tanggungan, warga emas, serta individu bujang dengan jumlah bantuan yang disesuaikan mengikut kategori pendapatan. Ini adalah maklumat berkenaan SARA ini: –
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Sumbangan Asas Rahmah atau SARA merupakan bantuan tambahan kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bagi kelayakan STR, ia adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Sekiranya menepati syarat-syarat di atas, maka mereka layak menerima STR 2024. Akan tetapi, bagi bantuan tambahan SARA pula, ia diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat khusus berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Jumlah Bayaran SARA
Kadar pembayaran SARA adalah sebanyak RM1,200 (untuk isi rumah dan warga emas) dan RM600 (kepada bujang). Cara pembayarannya terbahagi kepada dua kaedah iaitu secara kredit ke MyKad (bagi penerima di Semenanjung) dan pembayaran seperti STR (bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan).
Bagi pembayara ke MyKad jumlahnya adalah sebanyak RM100/RM50 setiap bulan. Ia kemudiannya boleh digunakan untuk membuat pembelian barangan keperluan asas di lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Barangan keperluan asas itu terdiri daripada 13 kategori produk yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan – mereka akan menerima pembayaran RM600 / RM300 dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.
- Bayaran pertama: Mulai 19 Februari 2024
- Bayaran Kedua: Mulai September 2024
Semakan Kelayakan SARA
Semakan kelayakan SARA boleh dibuat secara atas talian di Portal Rasmi STR dengan cara berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Penerima SARA yang layak juga akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Maklumat lebih teliti dan sahih berkenaan SARA, sila layari Portal MyKasih – DI SINI.