PERODUA buka kekosongan jawatan terkini: 10 jawatan ditawarkan dan sedia dimohon

Menjelang Mac 2021, kita semua telah diperkenalkan dengan model terbaru Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) iaitu PERODUA ATIVA. Menariknya, ia adalah model pertama di bawah rangka tindakan PERODUA Smart Build (PSB) yang menggunakan 95 peratus komponen tempatan. Hasil model berkenaan, sekaligus menambahkan lagi keyakinan pengguna terhadap PERODUA sebagai sebuah entiti automobil tebaik di rantau ini.

Selaras dengan usaha berterusan dan perkembangan pesat, PERODUA sudah semestinya memerlukan pasukan terbaik bagi terus maju ke hadapan. Oleh itu, PERODUA nampaknya kini sedang mencari bakat baru bagi mengisi kekosongan jawatan di beberapa buah negeri.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Pereka (Rawang, Selangor)
  2. Eksekutif Akaun (Rawang, Selangor)
  3. Modeller (Rawang, Selangor)
  4. Keselamatan (Rawang, Selangor)
  5. Pembantu Pentadbiran (Skudai, Johor)
  6. Pembantu Pentadbiran (Shah Alam, Selangor)
  7. Pembantu Pentadbiran (Georgetown, Pulau Pinang)
  8. Pembantu Alat Ganti (Sungai Petani, Kedah)
  9. Pembantu Alat Ganti (Johor Bahru, Johor)
  10. Pembantu Alat Ganti (Puchong, Selangor)

 

Kelayakan akademik bagi jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat SPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bergantung kepada syarat yang telah ditetapkan.

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat di laman: http://careers.perodua.com.my/auth dengan mendaftar terlebih dahulu dalam sistem yang disediakan. Pemohon seterusnya perlu mengisi maklumat peribadi, pendidikan, kemahiran, pengalaman dan sebagainya sebelum boleh memohon jawatan yang diiklankan.

Bagi yang ingin melihat syarat kelayakan dan bidang tugas dengan lebih terperinci, boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 MAC 2021 dan 30 APRIL 2021 (bagi jawatan Keselamatan).

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…