Penjawat Awam

Jawatan Kosong Penjawat Awam Ambilan Oktober 2024: Imbuhan RM3,000/sebulan

Pada ketika ini, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong sebagai penjawat awam yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Penjawat Awam di UPM

PEGAWAI EKSEKUTIF 3

  • Gred : PE3
  • Imbuhan Bulanan : RM 3,000
  • Kekosongan : Satu (1)
  • Penempatan : National Coordinating Office, One Health Project, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM Serdang
  • Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;
  • Calon harus memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran, Sumber Manusia, Pengurusan atau yang setara dengannya dari institusi pengajian tinggi dalam atau luar negara yang diiktiraf, atau kelayakan-kelayakan lain yang setaraf dengannya;
  • Pengetahuan yang baik tentang Microsoft Office (Excel, Word, PowerPoint dan lain-lain);
  • Boleh menyediakan kertas kerja;
  • Calon yang berpengalaman adalah satu kelebihan;
  • Kreatif, berdikari, proaktif, berdisiplin, komited dengan kerja, bertanggungjawab dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik;
  • Cekap dalam pengurusan masa, kemahiran organisasi yang baik, dan keupayaan untuk mengendalikan pelbagai tugas;
  • Bahasa yang diperlukan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, kedua-dua bertulis dan lisan;
  • Calon haruslah mempunyai kenderaan sendiri.

Bidang Tugas

  • Melaksanakan tugasan pentadbiran, logistik dan operasi jabatan;
  • Menguruskan aktiviti atau program tahunan jabatan;
  • Memastikan rekod disimpan, dilindungi dan dilupuskan mengikut prosedur yang didokumenkan;
  • Menyelenggara fail pejabat dan senarai inventori untuk kegunaan aktiviti;
  • Terlibat dalam prosedur pengurusan dan pengauditan ISO, membantu Pegawai Kawalan Dokumen dalam menyemak, mengemaskini, menyimpan, melindungi dan melupuskan dokumen kewangan dengan sewajarnya;
  • Melakukan aktiviti lain secara berkala seperti yang diarahkan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kod Dokumen: SOK/BUM/BR03/JAWATAN01) dan sertakan dokumen-dokumen seperti Senarai Semak Temuduga yang dilampirkan.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat:

National Coordinating Office
Malaysia One Health Universiti Network
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 25 Oktober 2024.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah salah sebuah universiti penyelidikan di Malaysia. Entiti akademik yang terkenal di seantero dunia ini terletak di Serdang, iaitu bersebelahan dengan Wilayah Pentadbiran Putrajaya.

Sebagai sebuah Pusat Pengajian dan Penyelidikan yang mempunyai reputasi bertaraf antarabangsa, UPM telah berjaya menyatukan para pelajar dan warga kerja dari serata dunia sekali gus menjadikan UPM sebuah entiti global yang amat disegani.

Sejarah UPM bermula sebagai sebuah Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931. Ia dibangunkan di kawasan seluas 22 ekar di Serdang dan menawarkan dua program sahaja pada masa itu; Program Diploma 3 tahun dan Program Persijilan 1 tahun di dalam bidang pertanian. Tanggal 23 Jun 1947, Sekolah Pertanian ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej Pertanian Malaya oleh Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union ketika itu.

Ia kemudian dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia dan memulakan sesi akademiknya pada 23 Julai 1973 dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar.

Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga fakulti pengasas dan satu bahagian asasi iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan, Fakulti Perhutanan, Fakulti Pertanian dan Bahagian Sains Asasi, yang pada masa itu menekankan bidang perhutanan dan veterinar selaras dengan dasar dan keperluan Negara.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Kewangan RM500: Maklumat penerima, tarikh bayaran & cara dibayar

Bantuan Khas Kewangan RM500: Maklumat penerima, tarikh bayaran & cara dibayar

Pada 18 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat. Belanjawan 2025 melibatkan…
Pengambilan pelbagai jawatan kosong Pusat Pungutan Zakat MAIWP: Gaji RM1,500 - RM2,300

Pengambilan pelbagai jawatan kosong Pusat Pungutan Zakat MAIWP: Gaji RM1,500 - RM2,300

Pada ketika ini, Pusat Pungutan Zakat MAIWP sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan…
Permohonan TEKUN Mobilepreneur 4.0 masih dibuka: RM1,000 - RM20,000 untuk beli motosikal dan kereta

Permohonan TEKUN Mobilepreneur 4.0 masih dibuka: RM1,000 - RM20,000 untuk beli motosikal dan kereta

TEKUN Nasional pada awaknya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional dan merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang…