Bantuan Am Persekutuan

Bantuan Am Persekutuan dinaikkan kepada RM500: Berikut syarat-syarat & Cara memohonnya

Pada 18 Oktober lalu, Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewanga, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat. Pembentangan itu menyaksikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM421.0 bilion dengam pemahagian seperti berikut (Tidak termasuk RM2.0 bilion Simpanan Luar Jangka):

  • Belanja Mengurus: RM335.0b
  • Belanja Pembangunan: RM86.0b
  • Simpanan Luar Jangka: RM2.0b

 

Pelbagai insiatif dan bantuan turut diperkenalkan atau ditambahbaik bagi memastikan ia dapat membantu rakyat yang memerlukan. Antaranya adalah dengan menambahbaik kadar bantuan-bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti…

Bantuan Am Persekutuan

Bantuan Am Persekutuan merupakan salah satu bantuan bulanan yang diuruskan oleh JKM. Bantuan ini diperkenalkan bagi diberikan kepada individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak minima RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sebulan sekeluarga. Akan tetapi, seperti mana diumumkan di bawah Belanjawan 2025, Bantuan Am Persekutuan akan dinaikkan kepada kadar minima RM150 sebulan dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga mulai tahun hadapan.

Berdasarkan maklumat dari JKM, pemberian Bantuan Am Persekutuan adalah kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan ini:

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

 

Bagi yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat (di Wilayah Persekutuan).

Akan tetapi, setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Penambahbaikan Bantuan-Bantuan JKM

Selain Bantuan Am Persekutuan, Bantuan Kanak-Kanak dan Bantuan Warga Emas juga ditambahbaik melalui Belanjawan 2025. Ini kerana, kadar Bantuan Kanak-kanak dinaikkan kepada RM250 daripada RM200 bagi seorang anak berumur 6 tahun dan ke bawah; serta kepada RM200 daripada RM150 bagi seorang anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun dengan maksimum RM1,000 sekeluarga.

Objektif utama bantuan ini adalah bagi membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Ia juga bertujuan untuk membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Syarat-syarat kelayakan Bantuan Kanak-Kanak adalah seperti di bawah:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Selain itu, Bantuan Warga Emas juga dinaikkan mulai tahun depan dengan kadar RM600, berbanding RM500 sebulan sebelum ini. Bantuan ini diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

 

Bagi permohonan bantuan-bantuan ini, ia boleh dikemukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Untuk maklumat lengkap tentang Belanjawan 2025, sila rujuk di Portal Rasmi Belanjawan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 setiap bulan untuk rakyat Malaysia berumur 60 tahun & ke atas: Cara memohon

Bantuan RM600 setiap bulan untuk rakyat Malaysia berumur 60 tahun & ke atas: Cara memohon

Pelbagai bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan melalui agensi dan jabatannya. Bantuan-bantuan itu termasuklah yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat…
Peluang Kerjaya di PUSPAKOM, ambilan Oktober/November 2024: Taraf jawatan tetap

Peluang Kerjaya di PUSPAKOM, ambilan Oktober/November 2024: Taraf jawatan tetap

Pada ketika ini, Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong Tabung Haji, ambilan Oktober 2024: Syarat-syarat & Cara memohon

Jawatan Kosong Tabung Haji, ambilan Oktober 2024: Syarat-syarat & Cara memohon

Pada ketika ini, Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka…