FELCRA Malaysia

Jawatan Kosong Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB): Kelayakan SPM – Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB)

  1. EKSEKUTIF PERTANIAN
    • Faedah:
      • Caruman KWSP, Caruman PERKESO, Cuti Tahunan dan Kad Perubatan Insurans
  2. PENOLONG EKSEKUTIF PERTANIAN
    • Faedah:
      • Caruman KWSP, Caruman PERKESO, Cuti Tahunan dan Kad Perubatan Insurans

Syarat-Syarat Kelayakan

EKSEKUTIF PERTANIAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Lelaki berumur 22 hingga 35 tahun;
  • Mempunyai lesen memandu B2 & D;
  • Diploma/ljazah Sarjana Muda Dalam Bidang Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mempunyai pengalaman bekerja khusus dalam bidang pertanian sekurangnya 2 tahun;
  • Mempunyai kemahiran dalam menggunakan dan menguruskan Microsoft Office (Words, Excell, Powerpoint);
  • Mampu / Sanggup bekerja lebih masa, Bekerja di bawah tekanan & pengawasan minima.

 

PENOLONG EKSEKUTIF PERTANIAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Lelaki dan Perempuan berumur 21 hingga 35 tahun;
  • Mempunyai lesen memandu B2 & D;
  • Sijil Pelajaran Malaysia/Diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mempunyai pengalaman bekerja khusus dalam bidang pertanian sekurangnya 2 tahun;
  • Mempunyai kemahiran dalam menggunakan dan menguruskan Microsoft Office (Words, Excell, Powerpoint);
  • Mampu / Sanggup Bekerja Lebih Masa, Bekerja Di Bawah Tekanan & v Pengawasan Minima.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume, salinan sijil-sijil berkaitan ke alamat e-mel: [email protected]

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan jawatan pada 06 November 2024.

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

KPFB telah ditubuhkan pada 29 Julai 1979 di Lekir, Sitiawan, Perak. KPFB telah mendapat kerjasama daripada Bahagian Peneroka FELCRA. Penambahan saham dibuat melalui potongan P & L setiap tahun bermula dari tahun 1981 hingga 1999. Pada peringkat awal penubuhannya, ahli KPFB merupakan anggota individu sehinggalah tahun 1985 apabila status tersebut ditukar kepada keanggotaan mengikut gabungan KPR di setiap negeri.

Dengan usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh pegawai FELCRA pada hari ini, keanggotaan dan modal syer KPFB telah bertambah menjadi RM11.5 juta dengan keanggotaan sebanyak 154 buah KPR yang melibatkan ahli individu FELCRA seramai 50,832 orang.

Antara projek awal yang telah dilaksanakan oleh KPFB bermula pada tahun 1983 ialah projek memelihara kawasan tanaman (MKT) di FELCRA Changkat Sulaiman, Sungkai, Perak, pembekalan dan penghantaran tunggul cantuman getah, dan pembekalan racun dan baja ke rancangan-rancangan FELCRA.

Kerajaan melalui FELCRA telah bersetuju menyalurkan geran sebanyak RM10.0 juta kepada KPFB pada tahun 1984, bagi mengukuhkan kedudukan KPFB. Peruntukan geran yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelima. KPFB telah menerima geran sebanyak RM10.0 juta bermula 1986 hingga 1990. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3.0 juta digunakan untuk membayar semula pinjaman yang diberikan oleh FELCRA.

Misi KPFB adalah meningkatkan keupayaannya melalui komitmen dan penglibatan bersama untuk:

  • Bagi meningkatkan taraf kualiti hidup komuniti FELCRA Berhad;
  • Menjana pendapatan yang progresif dan lestari;
  • Mewujudkan kumpulan pengurusan KPFB yang komited, kompeten dan berintegriti;
  • Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Am Kerajaan Dinaikkan Kepada RM500 Setiap Bulan: Ini Syarat-Syarat & Cara Memohon

Bantuan Am Kerajaan Dinaikkan Kepada RM500 Setiap Bulan: Ini Syarat-Syarat & Cara Memohon

Golongan B40 atau 40 peratus kelompok pendapatan terendah di Malaysia, sering menjadi fokus utama dalam pelbagai dasar dan program kerajaan.…
RM150 hingga RM3,000 Akan Diagihkan: Ini Senarai Bantuan-Bantuan Kerajaan Tahun 2025

RM150 hingga RM3,000 Akan Diagihkan: Ini Senarai Bantuan-Bantuan Kerajaan Tahun 2025

Setiap kali tahun baru menjelang, ramai antara kita memasang azam dan cita-cita baharu. Tahun baru melambangkan permulaan baharu, peluang untuk…
Jawatan Kosong Institut Maritim Malaysia (MIMA): Pengambilan 2025, Minima Diploma

Jawatan Kosong Institut Maritim Malaysia (MIMA): Pengambilan 2025, Minima Diploma

Pada ketika ini, Institut Maritim Malaysia (MIMA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…