Bantuan RM600

Bantuan RM600 setiap bulan untuk rakyat Malaysia berumur 60 tahun & ke atas: Cara memohon

Pelbagai bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan melalui agensi dan jabatannya. Bantuan-bantuan itu termasuklah yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM.

Ini kerana, JKM telah memperkenalkan dua jenis bantuan iaitu secara sekaligus (one-off) dan bulanan. Bagi bantuan bulanan, ia diberikan kepada mereka yang memerlukan dan menepati syarat-syarat kelayakan tertentu.

Ia termasuklah bantuan bulanan yang diberikan kepada rakyat negara ini yang berumur 60 tahun dan ke atas. Ia dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE) dan berikut maklumat lanjutnya: –

Bantuan Warga Emas (BWE)

Bantuan Warga Emas atau BWE adalah sebuah bantuan bulanan yang diberikan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Secara lebih teliti, mereka yang boleh menerima bantuan ini hendaklah menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

Kadar Bantuan Warga Emas (BWE)

Pada asasnya, kadar BWE ditetapkan sebanyak RM500 setiap bulan. Akan tetapi, di bawah Belanjawan 2025 – pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadarnya kepada RM600 setiap bulan.

“Kita akui dan mendengar rungutan tentang kos sara hidup. Lantaran itu, kita mengambil langkah serta kebijakan ekonomi yang merupakan peningkatan peruntukan dan kadar maksimum bantuan tunai yang tertinggi pernah diberikan Kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat.

“Ini juga akan ditambah melalui peningkatan peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM2.9 bilion; ketimbang RM2.4 bilion… Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan ketimbang RM500 sebulan,” petikan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.

Cara Memohon Bantuan Warga Emas (BWE)

Bagi permohonan Bantuan Warga Emas (BWE), ia boleh dibuat oleh pemohon atau waris di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon dikehendaki untuk membawa dokumen sokongan berikut semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi setiap permohonan yang didaftarkan, ia akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2025, sila rujuk di Portal Belanjawan MOF – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Selain itu, pelbagai penambahbaikan juga akan dilaksanakan pada tahun hadapan seperti meningkatkan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada RM870 juta berbanding RM784 juta. RMT ini bakal memanfaat lebih 860 ribu murid dan peluang diberikan kepada pembekal sajian makanan oleh syarikat di daerah.

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin juga ditingkatkan kepada RM180 juta, berbanding RM150 juta tahun ini. Pihak Kerajaan turut bersetuju Elaun Sara Hidup bagi siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru ditingkatkan kepada RM530 sebulan, berbanding RM430.

“Bagi meningkatkan akses pendidikan pelajar dari keluarga susah, Kerajaan bersetuju bayaran gaji atau upah kepada tenaga pengajar oleh institusi dan organisasi dengan objektif pendidikan yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 dibenarkan sebagai perbelanjaan kebajikan,” petikan ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN

Peluang Kerjaya di PUSPAKOM, ambilan Oktober/November 2024: Taraf jawatan tetap

Peluang Kerjaya di PUSPAKOM, ambilan Oktober/November 2024: Taraf jawatan tetap

Pada ketika ini, Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan…
Bantuan Am Persekutuan dinaikkan kepada RM500: Berikut syarat-syarat & Cara memohonnya

Bantuan Am Persekutuan dinaikkan kepada RM500: Berikut syarat-syarat & Cara memohonnya

Pada 18 Oktober lalu, Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewanga, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2025 di…
Jawatan Kosong Tabung Haji, ambilan Oktober 2024: Syarat-syarat & Cara memohon

Jawatan Kosong Tabung Haji, ambilan Oktober 2024: Syarat-syarat & Cara memohon

Pada ketika ini, Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka…