STR Fasa 4

STR Fasa 4 dibayar bulan ini (November 2024): Jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang & warga emas

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Antaranya adalah bantuan tunai yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

STR ini pada asasnya merupakan bantuan tunai kepada rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup. Ia juga merupakan bantuan yang dibayar secara berfasa kepada penerima daripada kalangan isi rumah, bujang dan warga emas.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan STR ini bagi maklumat semua: –

Syarat-Syarat Kelayakan STR 2024

  • Kategori Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Kategori Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Bagi pembayaran STR, ia dibuat secara empat fasa setahun. Bagi Fasa 1, 2 dan 3 – STR telah pun dibayar pada bulan Januari, April dan Ogos lalu kepada setiap kategori penerima.

Bagi pembayaran STR Fasa Akhir 2024 (Fasa 4), ia akan dibayar secara berperingkat mulai 07 November 2024. Jumlah bayaran pula adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1 – 2: RM350
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas:RM700
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR Fasa 4: RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan dengan pendapatan bulanan RM5,000 & ke bawah
    • STR Fasa 4: RM150

 

Cara pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak. Manakala, bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (atau tidak aktif), tuntutan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Dalam masa sama, terdapat juga keadaan seperti berikut sekiranya penerima tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa membuat Permohonan STR 2024. Pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Pasangan adalah warganegara dan melaporkan maklumat akaun bank
    • Pengkreditan ke akaun bank pasangan akan dibuat
  • Pasangan adalah warganegara dan ada melaporkan maklumat akaun bank, tetapi pembayaran STR berstatus gagal kredit
    • Pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon
  • Pasangan tidak melaporkan maklumat akaun bank
    • Pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Semakan STR 2024

Bagi yang ingin membuat semakan status STR 2024, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di MySTR, Portal Rasmi STR dengan kaedah berikut:

  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

Selain itu, semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran.

Jika semakan status menunjukkan “Status Permohonan Diterima” ia adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.

Untuk maklumat lebih lengkap dan teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Pada ketika ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Musim tengkujuh sering kali dikaitkan dengan hujan lebat, banjir kilat, dan angin kencang yang melanda kawasan tertentu di Malaysia. Fenomena…
Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Penjawat awam merupakan nadi utama dalam sistem pentadbiran sesebuah negara. Mereka memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan dasar-dasar kerajaan…