perhebat

Pelbagai Jawatan Kosong di PERHEBAT Dengan Gaji RM1,700 – RM3,020: Berikut Senarai Jawatan

Pada ketika ini, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong PERHEBAT

  1. PENGAJAR (PENYAMANAN UDARA DAN PENYEJUKBEKUAN)
    • Penempatan: Bahagian Pengajian Mekanikal dan Elektrikal, Kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh
    • Jadual Gaji: RM2,295 – RM3,020
  2. KERANI
    • Penempatan: Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh & PERHEBAT Negeri Sarawak
    • Jadual Gaji: RM1,700 – RM2,200

Syarat-Syarat Kelayakan

PENGAJAR (PENYAMANAN UDARA DAN PENYEJUKBEKUAN)

  • Umur tidak kurang dari 24 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Mempunyai Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Mempunyai Sijil SKM Tahap 3 atau lebih tinggi dalam bidang Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara adalah diutamakan;
  • Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mempunyai Sijil Pegawai Latihan Vokasional (VTO) atau setara dengannya yang diiktiraf adalah satu kelebihan;
  • Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan selama tiga (3) tahun adalah satu kelebihan;
  • Mempunyai kemahiran ínterpersonel’ yang tinggi dan berkebolehan berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat;
  • Bekebolehan menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel; dan
  • Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib / tiada rekod jenayah dan mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.

 

KERANI

  • Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) atau kelulusan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
  • Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang Pentadbiran Pejabat berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  • Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan selama satu (1) tahun adalah satu kelebihan;
  • Mempunyai kemahiran ‘interpersonel’ yang tinggi dan berkebolehan berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat;
  • Bekebolehan menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point; dan
  • Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib / tiada rekod jenayah dan mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.

Bidang Tugas

PENGAJAR (PENYAMANAN UDARA DAN PENYEJUKBEKUAN)

  • Mengendalikan dan menyediakan latihan termasuk menyediakan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas kerja, kertas tugas dan alat-alat bantuan mengajar serta memastikan pencapaian kemahiran oleh pelatih-pelatih, mengajar dalam amali dan teori;
  • Melaksanakan latihan bersepadu berpandukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Dasar Latihan PERHEBAT;
  • Mengurus pelatih dalam urusan latihan dalam industri untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bagi membina kerjaya baru dengan menyediakan modul nilai tambah, tambah nilai, keusahawanan dan pendedahan kepada Latihan Dalam Industri (LDI);
  • Menyelia serta membimbing pelatih Program Latihan Dual PERHEBAT untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan;
  • Menyedia dan mengendali kursus tambah nilai & nilai tambah yang berkaitan kepada bakal pesara ATM dan pesara ATM yang berminat;
  • Mengesyor pembelian alat-alat baru supaya mutu latihan dikemaskini bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajaran;
  • Membimbing dan memberi khidmat nasihat kepada pelatih;
  • Mengurus semua ujian-ujian dan mpengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajaran;
  • Membimbing dan memberi khidmat nasihat kepada pelatih;
  • Mengumpul dan menyelaras data pelatih;
  • Mengurus semua ujian-ujian dan menyelia laporan-laporan kemajuan dan ujian-ujian pelatih;
  • Menyediakan dokumen persijilan pelatih;
  • Menyediakan laporan maklumbalas pelatih;
  • Merancang dan membuat permohonan bekalan bahan-bahan berdasarkan latihan;
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

KERANI

  • Mengurus dan merekodkan semua surat/ dokumen masuk/ keluar serta memfailkan ke dalam fail-fail berkaitan termasuk membuat salinan yang mencukupi untuk edaran kepada pegawai-pegawai yang memerlukan tindakan segera;
  • Memastikan dan menentukan tindakan ke atas surat/ dokumen/ emel/ minit yang telah yang telah disemak oleh Pengarah Bahagian diedarkan kepada pegawai berkaitan untuk tindakan selanjutnya;
  • Mengurus dan menyelaras serta membuat pengkelasan surat/ dokumen mengikut kategori (terbuka/sulit/rahsia);
  • Menyediakan/ menaip surat/ dokumen/ draf dokumen dan menjawab surat-surat seperti yang dikehendaki oleh Pengarah/ Pegawai di Bahagian;
  • Membantu penyediaan kertas kerja dan fail bagi mesyuarat yang melibatkan bahagian. 6. Membantu dalam urusan operasi dan pentadbiran di Bahagian seperti berikut:
    • Rekod keluar masuk surat
    • Keselamatan pejabat
    • Pengurusan rekod termasuk rekod cuti bahagian
    • Pengurusan kewangan/ perolehan/ panjar wang runcit (sekiranya berkaitan)
    • Pengurusan aset dan inventori
    • Permohonan kenderaan/ laporan kerosakan di bahagian
  • Menguruskan tempahan bilik mesyuarat dan sajian;
  • Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan PERHEBAT secara atas talian (online) berdasarkan pautan yang disediakan di hebahan rasmi.

Pemohon juga perlu menghantar resume dan salinan sijil-sijil berkaitan ke alamat e-mel: [email protected]

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 22 NOVEMBER 2024.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Pada ketika ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Musim tengkujuh sering kali dikaitkan dengan hujan lebat, banjir kilat, dan angin kencang yang melanda kawasan tertentu di Malaysia. Fenomena…
Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Penjawat awam merupakan nadi utama dalam sistem pentadbiran sesebuah negara. Mereka memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan dasar-dasar kerajaan…