Pihak Berkuasa Tempatan

Pelbagai Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kerajaan Negeri: Senarai penuh jawatan

Pada ketika ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah,  Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

  1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
    • Jenis Jawatan : Personel MySTEP
    • Gaji Ditawarkan : RM1,900
    • Gred : N29
    • Kemudahan : Caruman KWSP & PERKESO, Cuti Rehat Serta Cuti Sakit, dan tuntutan elaun menjalankan tugas rasmi.
  2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI)
    • Jenis Jawatan : Personel MySTEP
    • Gaji Ditawarkan : RM1,700
    • Gred : N19
    • Kemudahan : Caruman KWSP & PERKESO, Cuti Rehat Serta Cuti Sakit, dan tuntutan elaun menjalankan tugas rasmi.

Syarat-Syarat Kelayakan

PENOLONG PEGAWAI TADBIR

  • Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada anak Negeri Kedah Darul Aman);
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Diploma Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya. dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI)

  • Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada anak Negeri Kedah Darul Aman);
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

PENOLONG PEGAWAI TADBIR

  • Menjalankan tugas – tugas berkaitan perundangan di Bahagian Perancangan PBT TPHTK serta memberi khidmat nasihat perundangan dalam perancangan bangunan – Akta 171, Akta 172 dan Akta 133 bagi memastikan sumber perundangan relevan dengan keadaan semasa dan kepentingan PBT TPHTK terjamin.

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI)

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi;
  • Bertanggungjawab membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan masyarakat di peringkat negeri dan daerah;
  • Bertanggungjawab membantu menyediakan khidmat sokongan operasi bahagian, menyediakan dokumentasi menerusi media cetak dan elektronik.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara lengkap dan dilampirkan bersama salinan sijil-sijil akademik dan dokumen berkaitan yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional).

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat dan hantar ke alamat:

YANG DIPERTUA
Pihak Berkuasa Tempatan
Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim
Lot 01-03 KHTP Administrative Centre,
Kulim Hi-Tech Park,
09090 Kulim,
Kedah Darul Aman.
(u/p: Bahagian Pentadbiran)

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 24 NOVEMBER 2024, AHAD.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

SARA Fasa 11 Dibayar Bulan Ini (November 2024): Jumlah bayaran untuk Isi Rumah, Warga Emas & Bujang

SARA Fasa 11 Dibayar Bulan Ini (November 2024): Jumlah bayaran untuk Isi Rumah, Warga Emas & Bujang

Golongan berpendapatan rendah dan sederhana sering kali menghadapi cabaran kewangan yang mencabar dalam kehidupan harian mereka. Dengan peningkatan kos sara…
Universiti Malaya (UM) ~ Pengambilan Jawatan Kosong Sebagai Pembantu Keselamatan Gred KP1

Universiti Malaya (UM) ~ Pengambilan Jawatan Kosong Sebagai Pembantu Keselamatan Gred KP1

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini…
STR 2024 Telah Selesai Dibayar: Ini Pula Jumlah Bayaran STR 2025 Untuk Semua Rakyat Malaysia

STR 2024 Telah Selesai Dibayar: Ini Pula Jumlah Bayaran STR 2025 Untuk Semua Rakyat Malaysia

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai cabaran ekonomi dan sosial telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Peningkatan kos sara…