Setiap tahun, apabila musim tengkujuh tiba, beberapa kawasan di Malaysia terdedah kepada ancaman banjir dan pelbagai bencana lain yang disebabkan oleh hujan lebat berterusan. Musim tengkujuh bukan sahaja membawa risiko fizikal tetapi juga mengancam keselamatan, kesihatan, dan kesejahteraan penduduk terutamanya di kawasan yang sering dilanda bencana ini.
Bagi mereka yang berada di Pantai Timur dan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi, fenomena ini seolah-olah menjadi “musim yang tidak dapat dielakkan,” di mana kehidupan seharian boleh terganggu secara drastik.
Oleh sebab itu, pelbagai bentuk bantuan telah diperuntukkan oleh kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), dan masyarakat setempat untuk membantu mereka yang terkesan. Bantuan ini bertujuan bukan sahaja untuk menangani keperluan asas seperti tempat perlindungan dan makanan, tetapi juga untuk memulihkan dan menyokong mereka dalam menjalani proses pemulihan pasca bencana.
Bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian, sokongan kewangan, dan juga pengurangan bil elektrik menjadi antara bentuk sokongan yang sangat diperlukan semasa dan selepas musim tengkujuh.
Di samping itu, kerajaan turut menyediakan bantuan kewangan kepada mereka yang mengalami kerugian harta benda dan kehilangan sumber pendapatan. Bantuan kewangan ini sering menjadi satu kelegaan besar, terutamanya bagi golongan yang bergantung sepenuhnya kepada sektor pertanian dan perikanan yang terjejas teruk akibat hujan lebat dan angin kencang.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga ada memperkenalkan sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT. Bantuan ini merupakan sebuah sumbangan kewangan yang diberikan oleh RISDA untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh.
Inisiatif ini merupakan salah satu cara Kerajaan untuk membantu mereka yang terkena dampak buruk musim ini setiap tahun. Kadar BMT adalah sebanyak RM800.
Syarat-Syarat Kelayakan BMT
Pekebun Kecil (Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah)
- Warganegara Malaysia;
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar;
- Pemilik tanah yang sah;
- Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA;
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA).
Penoreh (Mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah)
- Warganegara Malaysia;
- Penoreh berdaftar dengan RISDA;
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar;
- Mendapat pengesahan pemilik tanah/wakil yang sah;
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh).
Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Pembayaran BMT akan dibuat sebanyak empat kali iaitu pada bulan November 2024, Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025. Kadarnya pula adalah sebanyak RM200 setiap bulan.
Cara pembayaran BMT adalah secara kredit terus ke akaun penerima seperti mana maklumat yang diberikan ketika membuat permohonan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Semak Kelulusan
Bagi yang telah membuat permohonan, semakan status kelulusan BMT boleh dibuat secara atas talian (online) seperti cara di bawah:
- Langkah 1: Layari portal Pekebun Kecil RISDA.
- Langkah 2: Masukkan No. Kad Pengenalan
- Langkah 3: Klik butang ‘Semak.’
- Langkah 4: Status permohonan bantuan dipaparkan.
Dalam masa sama, rayuan permohonan dibuka kepada semua pekebun kecil dan penoreh getahyang ingin membuat semakan semula permohonan yang ditolak kerana semakan awal mendapati permohonan tersebut tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan bantuan.
Pemohon boleh menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan BMT disemak/diluluskan atau mengemaskini semula permohonan melalui Portal Pekebun Kecil RISDA sebelum tarikh tutup permohonan rayuan.
Dimaklumka juga bahawa hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satulot yang sama iaitu sama ada pemilik tanah (Pekebun Kecil) atau orang yang menoreh (Penoreh) dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan BMT, sila rujuk di Portal Suara RISDA – DI SINI.