Guru KAFA

Jawatan Kosong Besar-Besaran Sebagai Guru KAFA Tahun 2024: Terbuka calon lelaki & perempuan

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong sebagai Guru KAFA yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Guru KAFA

GURU KAFA )GURU KELAS AL – QURAN DAN FARDHU AIN)

  • Keperluan: Lelaki / Perempuan
  • Taraf Jawatan: Kontrak (Contract For Service)
  • Kumpulan Perkhidmatan: Bukan Penjawat Awam
  • Elaun: RM1,500

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Keutamaan kepada rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atau telah bermastautin lebih 3 tahun;
  • Berumur genap 19 tahun dan ke atas dan tidak melebihi 50 tahun;
  • Sihat tubuh badan;
  • Tertakluk kepada pemohon lepasan Sekolah Agama Menengah (SAM) / Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) / Kelas KAFA Menengah (KKM) / Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK – Kelas Aliran Agama (KAA) );
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan:
    • Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu;
    • Kepujian Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & Al Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah Atau kepujian Pendidikan Islam atau setaraf dengannya
    • Lulus Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi, atau
    • Lulus Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil KAFA Menengah JAIS atau Diploma atau Ijazah yang menyokong Matapelajaran Bahasa Arab dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Portal Pendidikan Islam JAIS. Borang yang lengkap kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat Agama Daerah yang hendak dimohon.

Pemohon perlu memastikan segala info yang diberikan adalah benar, tepat dan sahih. Pemohon juga perlu memohon jawatan yang selaras dengan kelayakan yang ditetapkan.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Sejarah institusi pendidikan Islam di Selangor bermula pada akhir abad yang ke-19. Menurut Frank W.Haines ,Inspektor Sekolah Selangor (1894) melaporkan bahawa terdapat 17 buah kelas al-Quran diwujudkan pada tahun berkenaan. Ketika itu, kelas-kelas ini di bawah kelolaan kerajaan negeri Selangor. Mata pelajaran seperti Ibadah, Tauhid dan Akhlak telah ditambah semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ala’eddin Sulaiman Shah, Sultan Negeri Selangor ke-5 (1898-1938).

Baginda Sultan Ala’eddin Sulaiman Shah telah menubuhkan sebuah sekolah agama perempuan di Kampong Bandar di daerah Kuala Langat ketika era pemerintahan almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah (1857-1898).

Ketika pengunduran tentera Jepun pada 1946, bilangan sekolah agama semakin bertambah antaranya penubuhan Madrasah Unwan al Saadah di Kanchong Darat , Banting Kuala Langat. Pada tahun sama, apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, secara tidak lansung pengurusan sekolah-sekolah agama telah ditingkatkan demi memartabatkan pendidikan Islam dan sekolah-sekolah agama di negeri Selangor.

Bermula daripada tahun 1946, pihak Jabatan Hal Ehwal Islam telah mula melantik guru-guru agama rendah yang ditugaskan di sekolah agama dari darjah satu hingga darjah lima. Pada tahun yang sama juga, Madrasah Ahliah Othmaniah untuk kaum wanita telah ditubuhkan di Klang yang diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Othman. Madrasah tersebut merupakan sebuah sekolah arab bagi kaum wanita. Tahun 1948 – 1953 menyaksikan penubuhan sekolah-sekolah rendah agama di daerah Kuala Langat antaranya;

Pada tahun 1952, setelah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor ditubuhkan, secara tidak lansung pengurusan sekolah-sekolah agama cuba ditingkatkan demi memartabatkan pendidikan Islam dan sekolah-sekolah agama di negeri Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN

SARA Fasa 11 Dibayar Bulan Ini (November 2024): Jumlah bayaran untuk Isi Rumah, Warga Emas & Bujang

SARA Fasa 11 Dibayar Bulan Ini (November 2024): Jumlah bayaran untuk Isi Rumah, Warga Emas & Bujang

Golongan berpendapatan rendah dan sederhana sering kali menghadapi cabaran kewangan yang mencabar dalam kehidupan harian mereka. Dengan peningkatan kos sara…
Universiti Malaya (UM) ~ Pengambilan Jawatan Kosong Sebagai Pembantu Keselamatan Gred KP1

Universiti Malaya (UM) ~ Pengambilan Jawatan Kosong Sebagai Pembantu Keselamatan Gred KP1

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini…
STR 2024 Telah Selesai Dibayar: Ini Pula Jumlah Bayaran STR 2025 Untuk Semua Rakyat Malaysia

STR 2024 Telah Selesai Dibayar: Ini Pula Jumlah Bayaran STR 2025 Untuk Semua Rakyat Malaysia

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai cabaran ekonomi dan sosial telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Peningkatan kos sara…