universiti kebangsaan malaysia

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ~ Gaji RM1,929.89, Elaun RM810

Pada ketika ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (FA5)

  • Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Gred Jawatan : FA5
  • Taraf Jawatan : Kontrak
  • Gaji : RM1,929.89
  • Elaun :
    • Imbuhan Tetap Perumahan : RM300
    • Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM160
    • Bantuan Sara Hidup : RM350

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer atau Sijil dalam bidang Prosesan Data yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1.650.00); atau
    • Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
      atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1.731.00); atau
    • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1.1812.00); atau
    • Diploma Sains Komputer, Diploma Teknologi Maklumat atau Diploma Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,974.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

  • Membangun dan menguji aturcara bagi sistem LMS Universiti dan sistem lain dibawah PTj;
  • Menyelenggara sistem aplikasi sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa;
  • Membantu memberi latihan dan tunjuk ajar berkaitan penggunaan teknologi;
  • Memberi khidmat pelanggan bagi aduan sistem.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan secara atas talian (online) melalui pautan di hebahan rasmi. Calon hendaklah memohon jawatan selaras dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Segala maklumat juga perlu benar, sahih dan tepat.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk saringan pertama. Jika calon tidak menerima sebarang maklumat selepas 1 bulan daripada tarikh permohonan, calon dianggap tidak berjaya melepasi saringan pertama.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 22 NOVEMBER 2024.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Sejak penubuhannya pada 18 Mei 1970, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bukan sahaja telah memenuhi visi para pengasasnya dalam menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk pembelajaran dan keilmuan, tetapi juga berjaya melahirkan para intelektual dan cendekiawan yang menjadi kebanggaan negara.

Bermula dengan hanya tiga buah fakulti, UKM kini telah berkembang pesat dan kini UKM mempunyai 14 fakulti, 2 pusat pengajian, 13 institut penyelidikan dan dua entiti komersial iaitu UKM Holdings Sdn. Bhd dan UKM Technology Sdn. Bhd.

UKM bukan sahaja telah berkembang dari segi saiz, ia juga kini tersohor sebagai sebuah institusi penyelidikan dalam pelbagai bidang termasuk mengoperasikan pelbagai pusat penyelidikan.

Menyedari perubahan yang berlaku dalam lanskap akademik, UKM mengambil langkah mengatasinya. Salah satunya adalah melalui e-Pembelajaran bagi mempersiapkan pelajar melalui sistem pengajaran yang inovatif dan kurikulum yang berpandangan ke hadapan serta dapat memenuhi tuntutan keperluan ekonomi baru.

Kedua, UKM memupuk penyelidikan yang menawarkan solusi terhadap masalah yang mendesak dan pada masa yang sama terlibat dengan masyarakat dan industri, sebagai inisiatif pembangunan lestari baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Sektor Kerajaan MMC: Gaji RM3,810 hingga RM14,370

Pengambilan Jawatan Kosong Sektor Kerajaan MMC: Gaji RM3,810 hingga RM14,370

Pada ketika ini, Sektor Kerajaan melalui Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong…
Bantuan Tunai RM300 Diberikan Selama Setahun: Senarai Penuh Penerima & Tarikh Mula Dibayar

Bantuan Tunai RM300 Diberikan Selama Setahun: Senarai Penuh Penerima & Tarikh Mula Dibayar

Pada setiap tahun pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri akan membentangkan Belanjawan Tahunan bagi perkara membabitkan pentadbiran,…
Bantuan Musim Tengkujuh telah mula dikreditkan: Ini maklumat penerima dan jumlah bayaran

Bantuan Musim Tengkujuh telah mula dikreditkan: Ini maklumat penerima dan jumlah bayaran

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang sinonim dengan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang. Di Malaysia, ia biasanya berlaku…