Pada ketika ini, Sektor Kerajaan melalui Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Sektor Kerajaan, Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
- PEGAWAI TADBIR (GRED N13)
- Taraf Jawatan : Kontrak/pinjaman
- Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
- Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
- Tempat : Majlis Perubatan Malaysia
- Jadual Gaji : RM6,210 – RM14,370
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N7)
- Taraf Jawatan : Kontrak/pinjaman
- Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Tempat : Majlis Perubatan Malaysia
- Jadual Gaji : RM 3,810 – RM9,290
Syarat-Syarat Kelayakan
PEGAWAI TADBIR (GRED N13)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada lima belas (15) tahun dalam bidang berkaitan pengurusan pentadbiran, kewangan, sumber manusia, teknologi maklumat, hubungan antarabangsa/korporat dan juga pendaftaran;
- Mempunyai pengalaman dalam pengurusan Badan Berkanun Persekutuan sekurangkurangnya lima (5) tahun dalam gred yang sama.
PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N7)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Mempunyai pengalaman dalam pengurusan Badan Berkanun Persekutuan sekurangkurangnya lima (5) tahun dalam gred yang sama.
Bidang Tugas
PEGAWAI TADBIR (GRED N13)
- Meneliti dan menetap kajian dan perancangan dasar/ polisi/ pelan strategik/ program pembangunan industri yang boleh dilaksanakan selaras dengan hala tuju dan pelan rancangan pembangunan negara.
- Merancang dan merangka pelaksanaan kolaborasi dengan pelbagai pihak dalam pelaksanaan sesuatu program bagi memastikan program berjalan lancar dan mematuhi peraturan yang ditetapkan serta memberi impak yang optimum.
- Meneliti dan merancang pelaksanaan program berkaitan industri perubatan dan menilai pencapaian dari semasa ke semasa bagi memastikan perancangan dapat dicapai mengikut sasaran dan petunjuk prestasi yang ditetapkan.
- Merancang, dan merangka pelan perancangan pembangunan dan promosi.
- Merancang dan memacu tugas-tugas keurusetiaan mesyuarat utama Majlis Perubatan Malaysia seperti Mesyuarat Pasca Kabinet, Mesyuarat Pengurusan Khas, Mesyuarat Pengurusan KKM serta Mesyuarat Pengurusan BDHA bagi memastikan kelancaran mesyuarat dan mencapai KPI yang telah ditetapkan.
- Merancang, merangka, dan mengesahkan segala urusan berkaitan kewangan bahagian bagi memastikan peruntukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan dibelanjakan selaras dengan perancangan tahunan aktiviti bahagian serta teratur mengikut Arahan Perbendaharaan dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
- Merancang dan memberi khidmat nasihat urusan penyediaan Kertas Jemaah Menteri MPM bagi memastikan kelancaran penggubalan dasar dan program berkaitan sektor kesihatan negara dapat memberi impak yang optimum.
- Merancang, merangka, memacu dan mengesyorkan publisiti dan promosi MPM bersama pelbagai saluran media, penerbitan bahan-bahan promosi & publisiti program promosi kesihatan anjuran MPM dan memperkukuhkan perhubungan awam dalam menyampaikan informasi korporat secara berkesan kepada pelanggan.
- Membantu menyelaras dan melaksana dalam urusan pentadbiran yang diarahkan dari semasa ke semasa agar pentadbiran unit dapat diselenggara dan diuruskan dengan cepat serta objektif penubuhan bahagian tercapai.
PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N7)
- Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
- Melaksanakan fungsi keurusetiaan Jawatankuasa yang terlibat.
- Menyelaras dan menyemak dokumen-dokumen yang berkaitan.
- Membantu dan menyelaras urusan pentadbiran dan khidmat sokongan (house keeping) agar berjalan lancar selari dengan kehendak pelanggan/stakeholder.
- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Rasmi Majlis Perubatan Malaysia.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut:
- Satu (1) keping gambar terkini berukuran passport (tidak dikembalikan);
- Salinan MyKad dan salinan Sijil Kelahiran;
- Salinan Kelulusan Akademik (berkaitan permohonan) dan lain-lain dokumen sokongan.
- Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah disertakan salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini dan mestilah melalui Ketua Jabatan Masing masing mengikut peraturan 17 Bab ‘A’ PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan) 2012.
- Ksemua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 9 dan ke atas).
Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut (Tuliskan NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR):
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,
MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA,
Blok B, Aras Bawah, Jalan Cenderasari,
50590 KUALA LUMPUR.
U.P: Pengurus Sumber Manusia
Calon hendaklah memohon jawatan selaras dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Segala maklumat juga perlu benar, sahih dan tepat.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Tarikh tutup permohonan pada 14 DISEMBER 2024.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.