Pada ketika ini, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan
PENGHULU GRED NP5
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
- Taraf Jawatan : Kontrak (Interim)
- Jumlah Kekosongan : 4 Orang
- Jadual Gaji : RM1,812 – RM6,620
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Anak Kelahiran Negeri Sembilan;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman tidak kurang dari 10 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan;
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- (Calon dengan kelayakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia, Sijil Matrikulasi KPM atau Diploma disyaratkan mempunyai pengalaman tidak kurang dari 5 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosio buadaya tempatan). Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Permohonan Jawatan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.
Calon hendaklah memohon jawatan selaras dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Segala maklumat juga perlu benar, sahih dan tepat.
Calon-calon yang berkelayakan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Borang permohonan secara atas talian (online) hendaklah dicetak dan perlu dibawa bersama semasa temu duga.
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Tarikh tutup permohonan pada 29 NOVEMBER 2024, JUMAAT.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Sistem Permohonan Jawatan Online berfungsi menerima dan memproses permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.
Permohonan melalui sistem ini hanya melibatkan jawatan-jawatan terpilih sahaja di mana urusan pengambilannya dibuat oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS).
Melalui sistem ini, semua urusan permohonan jawatan dibuat sepenuhnya secara online dan pemohon dimestikan mendaftar sebagai pengguna sistem sebelum memohon jawatan yang diiklankan.
Setiap maklumat yang diberikan ketika mendaftar di portal ini hendaklah dipastikan benar, tepat dan sahih bagi memastikan ketelusan dan calon memohon jawatan selaras dengan syarat-syarat kelayakan ditetapkan.