RM100

RM100 Dikreditkan Dalam MyKad/Kad Pengenalan Bulan Ini (November 2024): Ini Jadual Bantuan

Golongan B40 adalah merujuk kepada 40 peratus isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia. Mereka sering menjadi perhatian dalam perbincangan mengenai keadilan sosial dan ekonomi. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, golongan ini berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, perumahan, dan pendidikan.

Realiti kehidupan golongan B40 mencerminkan jurang pendapatan yang semakin melebar, yang membawa kesan kepada kesejahteraan mereka dalam jangka masa panjang.

Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh golongan ini adalah ketidaktentuan ekonomi. Ramai dalam kalangan B40 bergantung kepada pekerjaan dengan pendapatan tidak tetap seperti buruh harian atau kerja kontrak. Situasi ini menyebabkan mereka lebih terdedah kepada kesan buruk seperti kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan.

Di samping itu, kenaikan harga barangan keperluan asas seperti minyak masak, beras, dan sayur-sayuran telah memberi tekanan besar kepada perbelanjaan harian mereka.

Selain itu, akses kepada pendidikan berkualiti dan peluang pekerjaan yang lebih baik juga merupakan cabaran besar bagi golongan ini. Walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan dan inisiatif seperti biasiswa dan subsidi pendidikan, ramai masih bergelut dengan kos sampingan seperti alat pembelajaran digital dan pengangkutan.

Oleh hal demikian, antara bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini: –

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

SARA pada asasnya merupakan bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menepati syarat-syarat khusus. Akan tetapi, sebelum itu – perlu diketahui dahulu berikut adalah syarat-syarat kelayakan STR 2024:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

 

Bagi SARA 2024 pula, mereka perlu menepati syarat-syarat khusus berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Bantuan RM100 / RM50 Setiap Bulan

Jumlah pembayaran SARA adalah sebanyak RM1,200 kepada penerima isi rumah dan warga emas. Manakala, RM600 pula diberikan kepada penerima bujang.

Cara pembayarannya bagi penerima di Semenanjung adalah ia akan dibuat dengan kadar RM100 atau RM50 setiap bulan terus ke Kad Pengenalan (MyKad) penerima.

Penerima kemudiannya boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk membeli barangan keperluan harian seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pembelian boleh dibuat di lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Manakala, bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan pula – pembayaran SARA dibuat dengan kadar RM600 / RM300 sebanyak dua kali setahun pada tarikh 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024. Cara pembayaran melalui pengkreditan ke akaun bank atau secara tunai (pengambilan tunai di BSN), sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

Bagi maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sila rujuk di Portal MyKasih – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Pada ketika ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Musim tengkujuh sering kali dikaitkan dengan hujan lebat, banjir kilat, dan angin kencang yang melanda kawasan tertentu di Malaysia. Fenomena…
Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Penjawat awam merupakan nadi utama dalam sistem pentadbiran sesebuah negara. Mereka memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan dasar-dasar kerajaan…