akaun 3

Cara Memohon Pengeluaran Simpanan Akaun 3 KWSP: Semua rakyat Malaysia boleh memohon

Simpanan persaraan adalah asas penting untuk memastikan kesejahteraan kewangan di usia tua. Ia bukan sekadar simpanan biasa, tetapi satu jaminan agar kehidupan selepas bersara dapat dinikmati tanpa tekanan kewangan.

Dalam dunia yang semakin mencabar ini, ramai individu mula menyedari pentingnya menyimpan untuk hari tua, sama ada melalui akaun khas seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau pelaburan jangka panjang lain. Namun, terdapat juga persoalan penting: bilakah dan bagaimana simpanan ini boleh dikeluarkan?

Pengeluaran simpanan persaraan adalah topik yang sering menjadi perhatian ramai. Sebahagian besar masyarakat menganggap pengeluaran ini sebagai peluang untuk melangsaikan hutang, melabur dalam perniagaan, atau memenuhi keperluan peribadi.

Walau bagaimanapun, pengurusan pengeluaran yang tidak terancang boleh membawa risiko kepada kestabilan kewangan di usia emas. Oleh itu, memahami peraturan, pilihan, dan risiko berkaitan pengeluaran ini adalah langkah yang bijak sebelum membuat sebarang keputusan.

Selain itu, faktor seperti umur minimum pengeluaran, jumlah yang dibenarkan, dan syarat-syarat tertentu turut memainkan peranan penting. Beberapa skim khas juga diperkenalkan bagi membantu individu mengakses simpanan mereka untuk tujuan tertentu seperti pembelian rumah, rawatan perubatan, atau pendidikan.

Dengan memahami pilihan yang ada, kita dapat memastikan simpanan ini dimanfaatkan secara optimum tanpa menjejaskan matlamat asalnya.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan melalui KWSP telah membenarkan pengeluaran simpanan kepada para pencarumnya melalui Akaun 3 (Akaun Fleksibel).

Akaun 3 KWSP

Akaun 3 atau Akaun Fleksibel memberikan kemudahan kepada para pencarum KWSP untuk mengakses simpanan mereka pada bila-bila masa bagi keperluan kecemasan dan segera, tertakluk kepada terma dan syarat.

Ahli boleh membuat Pengeluaran Akaun 3 sebaik sahaja Akaun 3 mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.

Berikut adalah maklumat syarat-syarat kelayakan pengeluaran Akaun 3:

  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
  • Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50.

Cara Memohon Pengeluaran Akaun 3

Permohonan pengeluaran Akaun 3 boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu melalui Aplikasi KWSP i-Akaun; Portal Web i-Akaun (Ahli); atau Pejabat KWSP.

Bagi permohonan melalui i-Akaun KWSP ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  1. Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun;
  2. Pilih menu ‘Pengeluaran’ & seterusnya pilih ‘Keluarkan simpanan anda’;
  3. Pilih ‘Akaun Fleksibel’;
  4. Pilih ‘Keluar Sekarang’;
  5. Masukkan jumlah pengeluaran & pilih ‘Teruskan’;
  6. Pilih atau kemas kini akaun bank.

 

Ahli tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Walau bagaimanapun, ahli perlu memastikan akaun bank berstatus aktif bagi memastikan proses bayaran adalah teratur.

Dalam masa sama, secara amnya, pencarum tidak perlu hadir di Pejabat KWSP bagi tujuan di atas kerana pengesahan identiti juga boleh dibuat secara dalam talian tertakluk kepada sejarah rekod ahli dan amaun pengeluaran tidak melebihi RM30,000.

Akan tetapi, bagi pencarum yang tiada rekod pengeluaran atau maklumat akaun bank adalah berbeza dengan rekod pengeluaran terdahulu, pencarum perlu membuat pengesahan cap ibu jari di Self-Service Terminal (SST) KWSP bagi amaun permohonan pengeluaran melebihi RM10,000.

Berkenaan dengan kaedah pembayaran, ia akan dibayar terus ke dalam akaun bank ahli, dengan memastikan:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).

 

Bayaran akan dibuat dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

Bagi pencarum yang tidak mempunyai akaun bank, mereka dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan Pengeluaran Akaun 3.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan Akaun 3 (Akaun Fleksibel) KWSP, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Dalam landskap ekonomi Malaysia, masyarakat sering dibahagikan kepada beberapa kumpulan pendapatan utama, dengan dua daripadanya yang paling kerap dibincangkan ialah…
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…