Bantuan RM800

Bantuan RM800 Telah Mula Dikreditkan Ke Akaun Secara Berperingkat: Ini Senarai Penuh Penerima

Musim tengkujuh sering kali membawa cabaran besar kepada rakyat Malaysia, terutamanya di kawasan yang kerap dilanda banjir. Hujan lebat yang berterusan bukan sahaja menjejaskan aktiviti harian, malah menyebabkan kerosakan besar kepada rumah, kenderaan, tanaman, dan harta benda lain. Dalam situasi seperti ini, bantuan kerajaan menjadi penyelamat utama bagi mangsa yang terjejas.

Setiap tahun, kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk meringankan beban rakyat ketika menghadapi musim tengkujuh. Antaranya termasuklah bantuan kewangan kepada keluarga yang terkesan, penyediaan pusat pemindahan sementara yang lengkap dengan keperluan asas, serta sumbangan makanan dan pakaian.

Langkah-langkah ini bertujuan memastikan mangsa banjir menerima sokongan yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan meskipun dilanda ujian.

Selain itu, kerajaan juga menyediakan dana khas untuk membaik pulih infrastruktur seperti jalan raya, sekolah, dan jambatan yang rosak akibat banjir. Usaha ini tidak hanya membantu komuniti yang terjejas untuk kembali pulih dengan cepat, tetapi juga memastikan keselamatan dan kelangsungan hidup masyarakat.

Namun, bantuan ini hanya akan berkesan sekiranya rakyat turut memainkan peranan penting. Antara langkah yang boleh diambil termasuklah menyimpan dokumen penting di tempat selamat, mendaftar sebagai penerima bantuan melalui platform rasmi, dan mengikuti arahan pihak berkuasa.

Selain itu, pihak Kerajaan juga telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Melalui RISDA, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT. Bantuan ini merupakan usaha bagi meringankan beban pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh.

Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM800 dan diberikan secara berperingkat. Tetapi sebelum itu, ini adalah maklumat kriteria kelayakan BMT.

Syarat-Syarat Kelayakan BMT

Pekebun Kecil – Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah;
  • Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA;
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA).

 

Penoreh – Mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah

  • Warganegara Malaysia;
  • Penoreh berdaftar dengan RISDA;
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar;
  • Mendapat pengesahan pemilik tanah/wakil yang sah;
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh).

Jadual Pembayaran BMT

Pembayaran BMT dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak dan diluluskan permohonan mereka. Pembayaran pula dibuat sebanyak empat kali dengan kadar RM200 setiap bulan.

Ini adalah maklumat jadual pembayaran BMT:

  • November 2024: RM200
  • Disember 2024: RM200
  • Januari 2025: RM200
  • Februari 2025: RM200

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi urusan semakan kelulusan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari pautan Pekebun Kecil RISDA;
  • Langkah 2: Masukkan No. Kad Pengenalan;
  • Langkah 3: Klik butang ‘Semak’;
  • Langkah 4: Status permohonan bantuan dipaparkan.

 

Dalam masa sama, dimaklumkan bahawa hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama iaitu sama ada pemilik tanah (Pekebun Kecil) atau orang yang menoreh (Penoreh) dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.

Satu lot hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuanini bagi satu lot yang sama. Perlu diketahui juga bahawa jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.

Maklumat lebih terperinci berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh diteliti dan dibaca di Portal Suara RISDA – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Tunai BIB RM450 Secara 'One-Off': Pembayaran Dibuat Dalam 7 - 14 Hari Bekerja

Bantuan Tunai BIB RM450 Secara 'One-Off': Pembayaran Dibuat Dalam 7 - 14 Hari Bekerja

Proses kehamilan dan kelahiran adalah pengalaman yang penuh cabaran dan keajaiban bagi seorang wanita. Ia bukan sahaja menuntut pengorbanan fizikal…
RM1,000 Diberikan Ke Akaun Bank Setiap Bulan: Maklumat Penerima Bulan Ini (Disember 2024)

RM1,000 Diberikan Ke Akaun Bank Setiap Bulan: Maklumat Penerima Bulan Ini (Disember 2024)

Dalam era globalisasi dan urbanisasi yang pesat, kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi isu utama yang mempengaruhi kesejahteraan keluarga,…
Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM): Minima STPM/Diploma, Gaji Sehingga RM6,620

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM): Minima STPM/Diploma, Gaji Sehingga RM6,620

Pada ketika ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…