Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu, lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin membina keluarga atau mencapai kestabilan jangka panjang. Namun, keperluan asas ini sering kali berdepan pelbagai cabaran yang merumitkan proses pemilikan atau penyewaan rumah, terutamanya dalam konteks ekonomi dan sosial masa kini.
Salah satu cabaran utama ialah peningkatan kos hartanah yang mendadak, terutama di kawasan bandar. Harga rumah yang tinggi sering kali melebihi kemampuan golongan berpendapatan rendah dan sederhana, menjadikan impian memiliki rumah sendiri sesuatu yang sukar dicapai. Situasi ini lebih terkesan bagi golongan muda yang baru memulakan kerjaya, kerana mereka bukan sahaja perlu menangani kos sara hidup yang tinggi, tetapi juga perlu menyimpan untuk bayaran pendahuluan rumah.
Selain itu, isu bekalan rumah mampu milik juga terus menjadi masalah yang membelenggu masyarakat. Walaupun terdapat pelbagai inisiatif kerajaan untuk menyediakan perumahan mampu milik, permintaan yang tinggi menyebabkan ramai terpaksa menunggu lama sebelum berjaya memiliki rumah. Bagi yang memilih untuk menyewa, cabaran lain seperti kenaikan kadar sewa dan syarat ketat oleh pemilik rumah menambah tekanan kepada golongan ini.
Oleh itu, terdapat sebuah bantuan yang diperkenalkan iaitu melalui Program Rumah Mesra Rakyat (RMR). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program ini.
Program Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Untuk makluman, Rumah Mesra Rakyat atau RMR diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Konsep rumah ini adalah sesebuah rumah satu tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Harga rumah pula antara RM75,000 hingga RM85,000 mengikut reka bentuk dan negeri.
Akan tetapi, setiap unit rumah akan menerima subsidi pembinaan sebanyak RM20,000. Pembiayaan pula disediakan dan diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Syarat-Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat (RMR)
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun;
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000;
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk);
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Akan tetapi, penama kedua berumur 18-41 tahun diperlukan bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia. Untuk permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.
Cara Memohon
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohona Rumah Mesra Rakyat (RMR) boleh dibuat secara atas talian (online) di RMR Online. Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan);
- Salinan kad pengenalan tuan tanah;
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan);
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru;
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua;
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang;
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah;
- Salinan sijil nikah pemohon;
- Borang laporan tapak bergambar.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Sekiranya permohonan diluluskan, berikut adalah tanggungjawab pemohon:
- Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan;
- Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan;
- Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik;
- Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan;
- Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.
Untuk maklumat lebih lengkap dan teliti berkenaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) sila rujuk di Portal Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) – DI SINI.