SARA RM100

SARA RM100 Telah Dikreditkan Ke MyKad Bulan Ini (Disember 2024): Senarai Penuh Penerima

Golongan B40, yang merujuk kepada 40 peratus penduduk dengan pendapatan terendah di Malaysia dan sering menjadi tumpuan dalam pelbagai perbincangan dasar ekonomi dan sosial negara. Mereka terdiri daripada keluarga dengan pendapatan isi rumah di bawah paras median, menjadikan mereka lebih terdedah kepada tekanan kewangan, khususnya dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Dalam landskap ekonomi yang dinamik, cabaran untuk golongan B40 bukan sahaja terhad kepada pendapatan yang rendah, tetapi juga akses kepada keperluan asas seperti pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan, dan peluang pekerjaan yang stabil.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu golongan B40, termasuk bantuan kewangan, bantuan perumahan, dan subsidi keperluan asas. Walaupun langkah-langkah ini meringankan beban, isu ketidaksamaan ekonomi dan mobiliti sosial masih menjadi persoalan besar.

Pihak Kerajaan juga telah memperkenalkan bantuan khusus kepada golongan B40 berkelayakan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Ini adalah maklumat lanjut tentang bantuan berkenaan: –

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program ini diperkenalkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan.

Ia juga merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ini adalah maklumat syarat-syarat kelayakan STR:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

 

Manakala, syarat-syarat khusus SARA pula adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Jumlah Bayaran Bantuan SARA

Kadar bantuan SARA ditetapkan sebanyak RM1,200 bagi isi rumah dan warga emas, manakala RM600 pula kepada bujang. Pembayaran bantuan ini dibuat dengan dua kaedah iaitu:

Penerima dari Semenanjung Malaysia

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.

Penerima dari Sabah, Sarawak dan Labuan

Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun pada tarikh 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Menggunakan SARA

Bagi yang menerima SARA melalui MyKad, mereka boleh menggunakannya untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Pembelian boleh dibuat di lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Untuk maklumat lebih lengkap dan teliti berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sila rujuk di Portal Rasmi MyKasih – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM150 'One-Off' diberikan kepada semua, tanpa memohon: Dibayar bulan depan

Bantuan RM150 'One-Off' diberikan kepada semua, tanpa memohon: Dibayar bulan depan

Musim persekolahan sentiasa menjadi detik penting bagi setiap keluarga, terutama bagi ibu bapa yang ingin memastikan anak-anak mereka memulakan tahun…
Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…