Golongan B40, atau 40 peratus kumpulan isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia, sering menjadi tumpuan utama dalam pelbagai dasar dan program kerajaan. Kategori ini merangkumi individu dan keluarga yang menghadapi pelbagai cabaran, termasuk kos sara hidup yang semakin meningkat, kekurangan akses kepada pendidikan berkualiti, dan peluang pekerjaan yang terhad.
Situasi ini sering membelenggu mereka, menjadikan kehidupan seharian lebih mencabar, terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar atau bandar besar dengan kos sara hidup yang tinggi.
Dalam menghadapi cabaran ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk meringankan beban golongan B40. Antara inisiatif utama ialah pemberian bantuan kewangan seperti bantuan tunai, Skim MySalam untuk perlindungan kesihatan, dan subsidi tertentu bagi keperluan asas.
Program latihan kemahiran dan keusahawanan juga ditawarkan untuk membantu golongan ini menjana pendapatan yang lebih stabil dan meningkatkan taraf hidup mereka.
Walaupun banyak program telah diperkenalkan, kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai bantuan ini masih perlu dipertingkatkan. Ada yang tidak tahu cara untuk memohon, manakala yang lain mungkin tidak menyedari hak mereka untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang disediakan. Selain itu, usaha berterusan juga diperlukan untuk memastikan bantuan ini benar-benar sampai kepada golongan sasar yang memerlukan.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Ini adalah maklumat lanjut tentang bantuan SARA ini.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 Dikreditkan ke MyKad
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka ekonomi ketika ini.
SARA juga boleh dianggap sebagai bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menepati syarat-syarat khusus. Bagi tahun 2025 ini, syarat-syarat kelayakan SARA adalah seperti berikut:
- SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Kadar bayaran SARA pula adalah dari RM450 sehingga RM2,100 seperti rajah di bawah:
Cara Pembayaran SARA
Untuk makluman, penerima SARA 2025 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan Kad Pengenalan/MyKad masing-masing.
Jadual pembayaran SARA adalah seperti berikut:
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Menggunakan SARA
Penerima kemudiannya boleh membuat pembelian di lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Cara membeli barangan adalah seperti tatacara berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Tukar Nombor Pin
- Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Dimaklumkan bahawan baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Akan tetapi, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2025 akan luput secara automatik.
Bagi maklumat lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah 2025, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.