felda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong FELDA

  1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED LX9
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Perundangan dan Kehakiman
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Professional
  2. TIMBALAN PENGARAH UNDANG-UNDANG GRED LX12
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Perundangan dan Kehakiman
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Professional

Syarat-Syarat Kelayakan

PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED LX9

  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Sijil Amalan Guaman; atau
  • Barrister-at-law-England; atau
  • Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority;
  • Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Tempoh pengalaman minimum 5 tahun.

 

TIMBALAN PENGARAH UNDANG-UNDANG GRED LX12

  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Sijil Amalan Guaman; atau
  • Barrister-at-law-England; atau
  • Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority;
  • Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.\;
  • Tempoh pengalaman minimum 10 tahun.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume, salinan akademik, dan gambar berukuran pasport ke alamat e-mel: [email protected]

Calon disarankan meneliti syarat-syarat kelayakan dan memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temu duga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 07 FEBRUARI 2025. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956. Fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut:

  • Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah;
  • Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan di mana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya;
  • Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan di mana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan;
  • Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.

 

FELDA turut memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi Malaysia, terutamanya dalam sektor pertanian dan kemajuan luar bandar. Berikut adalah beberapa kepentingan utama FELDA kepada Malaysia:

  • FELDA membantu meningkatkan pengeluaran kelapa sawit dan getah, menjadikan Malaysia salah satu pengeksport utama komoditi ini di peringkat global;
  • Sumbangan FELDA dalam sektor pertanian menyumbang kepada KDNK negara dan kestabilan ekonomi;
  • FELDA memberikan peluang pekerjaan dan penempatan kepada peneroka, membantu mereka keluar daripada kemiskinan;
  • Meningkatkan infrastruktur luar bandar seperti jalan raya, sekolah, dan kemudahan kesihatan;
  • FELDA membantu merancakkan pembangunan kawasan luar bandar dengan mewujudkan bandar kecil dan pusat ekonomi baharu;
  • Menyediakan peluang pendidikan dan latihan kepada generasi peneroka untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3: Jumlah Bayaran, Penerima dan Tarikh Pembayaran

STR Fasa 3: Jumlah Bayaran, Penerima dan Tarikh Pembayaran

Dalam landskap ekonomi Malaysia yang semakin mencabar, dua kumpulan yang sering menjadi tumpuan dalam perbincangan dasar dan kebajikan ialah golongan…
Jawatan Kosong ILMIA, Jabatan Perangkaan Malaysia: Ambilan Jun 2025

Jawatan Kosong ILMIA, Jabatan Perangkaan Malaysia: Ambilan Jun 2025

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini membuka pengambilan bagi jawatan MySTEP Pegawai Penyelidik Kajian Perburuhan di bawah pasukan ILMIA (Institut Maklumat…
Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…