Perbadanan Aset Keretapi buka pengambilan baru: Berminat, boleh memohon sekarang

Perbadanan Aset Keretapi (RAC) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Ia secara rasminya menjadi sebuah organisasi pada 1 Ogos 1993, ekoran dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Sebagai sebuah agensi milik kerajaan, RAC bertindak sebagai penyokong dan pembantu industri perkeretapian negara supaya terus berkembang maju dan berdaya saing dengan industri negara maju lain. Sesuai dengan usaha ke arah itu, RAC kini telah membuka kekosongan jawatan, bagi diisi oleh mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah jawatan yang ditawarkan:

  1. Juruukur Tanah Gred J41
  2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

 

Bagi kedua-dua jawatan ini, syarat kelayakan wajib adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan untuk jawatan Juruukur Tanah Gred J41
  • Memiliki STPM/STAM/Sijil Matrikulasi KPM atau Diploma dalam bidang berkaitan untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

 

Tawaran gaji untuk jawatan adalah dari RM2,529.00 hingga RM9,643.00 untuk jawatan Juruukur Tanah dan RM1,493.00 hingga RM5,672.00 untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir.

Selain itu, pelbagai imbuhan juga ditawarkan seperti:

  • Imbuhan Tetap Perumahan
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam
  • Bantuan Sara Hidup

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di pautan: https://apps.rac.gov.my/ejawatan/ dan jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian: 03-8939 0200 atau emel ke [email protected].

Kepada calon yang berjaya, mereka akan dipanggil menghadiri temuduga dalam tempoh 6 bulan selepas permohonan ditutup. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 MAC 2021 pada jam 12.00 TENGAH HARI.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…