Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
- PERSONEL MYSTEP
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Sektor:
- Pendidikan
- Pengaturcaraan komputer, perundingan dan aktiviti yang berkaitan
- Pentadbiran awam
- PERSONEL MYSTEP KELAYAKAN SETARAF IJAZAH SARJANA MUDA
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM2,000 – RM2,499
- Sektor:
- Aktiviti pengurusan pejabat, sokongan pejabat dan sokongan perniagaan lain
- Pendidikan
Syarat-Syarat Kelayakan
PERSONEL MYSTEP
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Memiliki kelayakan akademik Diploma / Diploma Lanjutan / Diploma Graduan Atasan / DVM / DKM Tahap 4 / DLKM Tahap 5.
PERSONEL MYSTEP KELAYAKAN SETARAF IJAZAH SARJANA MUDA
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Memiliki kelayakan akademik Sarjana Muda atau yang setaraf.
Bidang Tugas
PERSONEL MYSTEP
- Keutamaan kepada calon-calon dalam bidang Komunikasi;
- Mahir dalam IT terutamanya menggunakan perisian MS Office seperti Word dan Excel;
- Mahir menggunakan perisian multimedia seperti Canva.
PERSONEL MYSTEP KELAYAKAN SETARAF IJAZAH SARJANA MUDA
- Proses penyelarasan, pengemaskinian dan penempatan rekod dokumen dan semak silang dokumen;
- Membangun sistem baharu MySPP, pemantauan pelaksanaan sistem sedia ada di SPP (Sistem Pengambilan dan Perkhidmatan (eSPP), Sistem Proses Perkhidmatan (ePROPER), Sistem Pemarkahan Temuduga (SPTD) yang memerlukan pemantauan dan pengemaskinian berterusan;
- Membantu menyelaras urusan pengambilan tahun 2024 meluputi semakan dokumen calon, tapisan calon dan seterusnya proses temu duga PPP/PPPT/AKP.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs. Calon disarankan meneliti syarat-syarat kelayakan dan memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan.
Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temu duga.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.
Maklumat Tambahan
SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.
SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.
SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.
Fungsi-fungsi SPP adalah seperti berikut:
- Melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran;
- Mengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap;
- Meluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
- Kawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran melalui Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat;
- Meluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran perkhidmatan;
- Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran.
Objektif SPP pula adalah memastikan kuasa-kuasa di bawah perkara 144 (1) perlembagaan persekutuan dalam urusan pelantikan, perkhidmatan, tatatertib dan naik pangkat dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif.
Misi SPP adalah melantik bakat yang terbaik berteraskan sistem pengurusan yang holistik. Manakala, visinya sebagai pihak berkuasa melantik yang berwibawa dan mampan bagi perkhidmatan pendidikan.